Saturday, March 5, 2011

BERSENAM yok

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

semakin hari semakin bersemangat..
hope ini bukan hangat-hangat tahi ayam saja..
korang nak tahu,, sekarang ni,,
fatin dah start berSENAM balik..
setiap petang,, mesti pergi jog.
ini bukan sebab fatin nak jadi kurus..
tapi,,
just untuk menyihatkan badan sahaja..
memang dapat rasalah perbezaan bila bersenam dengan tak..

BADAN SIHAT,, MINDA CERGAS

see,, bersemangatkan fatin ke kelas..hahaha..

Tapiiii,,
fatin mengalami masalah sekarang..
sakit-sakit kaki dah mula terasa..
aduss.. fatin takut terkandas di situ..
almaklumlah,, dah lama tak jogging,,
gitulah jadinya..
hope semangat fatin akan terus kental..
tak nak lah berhenti separuh jalan..
bila dah stop,, mesti badan jadi lemah balik..
I must be STRONG!!!


Majulah sukan untuk negara..huhu
Till then
^_^


p/s : sapa nak teman fatin jogging? setiap hari fatin jogging sorang2 je tau..huhu



Thursday, March 3, 2011

Khas buat KEKASIH gelapku

Assalamualaikum
selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hari nie,, dah 3 Mac 2011. Wahh... Sekejapnya waktu berlalu.. Tanggal 2 Mac 1990 dia pergi membiarkan aku dan emak mengharungi liku-liku hidup berdua. Sedar tak sedar,, sudah 21 tahun dia pergi meninggalkan kami.. 

Kadang-kala,, aku terfikir adakah ini semuanya dugaan dan rintangan yang perlu aku lalui.. Kenapa di kala aku baru mengenal dunia, aku perlu hidup tanpa tunjuk ajar dari dia. Kenapa aku tidak dapat merasa kehangatan pelukan dari dia di kala aku kesedihan? Kadang-kadang aku ingin juga merasa marah tanda sayang dari dia seperti mana kawan2 ku lalui. Owh.. Aku jeles dengan kawan-kawanku yang bahagia bersama.

Ohh.. hati ku sangat rapuh. Walaupun usia telah meningkat dewasa. Aku tidak mampu berubah dengan satu perasaan ini. Perasaan SEDIH yang teramat sangat bila mengenangkan dia. Bila orang bertanya pasal dia. Aku sedih!! Teringat lagi di waktu sekolah,, ketika kita perlu memperkenalkan diri kepada kelas. Owh.. aku selalu tewas di situ bila guru bertanyakan pasal dia. Aku pasti menjawab dalam keadaan sebak.

Aku anak yang tidak mengenali dia. Aku pernah juga ingin bertanya itu dan ini pasal dia daripada mak. Tapi,, aku takut.. Aku takut mak terluka. Kadang-kadang aku merasakan,, aku ini sangat kejam kerna membiarkan emak hidup sendirian. tapi.. aku tidak mampu menerima yang lain.. Dari kecil lagi aku telah menjadi seorang yang sangat cepat tersentuh,, mudah simpati. Aku selalu memikirkan kehidupan ini sama dalam drama-drama melayu di TV yang mengisahkan bapa tiri sangat kejam. Di sebabkan itu membuatkan aku menjadi kejam terhadap mak ku.. owh..kejam nye aku ini.

Tapi,, salah ke apa yang aku lakukan ini?.. aku cuma ingin mempertahankan hak ku.. Aku tak nak jadi mangsa dera. Itu sahaja yang aku fikirkan di zaman kanak-kanakku bila bercakap mengenai mak inginkan penggati dia. Aku juga takut,, kasih sayang mak terhadap aku akan berkurang. Aku tak sanggup berkongsi kasih..Arghh.. aku sangat pentingkan diri di situ.
Di kala usiaku melonjak dewasa,, baru aku sedar akan ke khilafan ku.. Aku rasa bersalah terhadap mak. Pabila aku bertanya kepada mak tentang hati dan perasaan nya,, mujurlah mak berkata memang tidak berkehendakan mencari penganti dia. Aku dapat rasakan yang mak masih lagi kuat mencintai dia. Mak hanya ingin membesarkan aku dengan sempurna  menjadi insan berjaya seperti janjinya terhadap dia.

Aku merasakan,, mak tidak tewas di situ. Terima kasih mak kerna mebesarkan dan mendidik aten dengan penuh kasih sayang yang sempurna. Aku juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendukung ku agar tidak berhenti dalam perjuanganku. Aku sayang mak,, Aku sayang dia.. Ayah,, maafkan aten jika diri ini tidak mampu untuk membahagiakan mak.

Aten berdoa agar roh ayah sentiasa di cucuri rahmat. Al-Fatihah..
 

Tuesday, March 1, 2011

Betulkah DIA untukku?

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers


Hari ni, fatin just nak share dengan u'ols tentang hati dan perasaan. Korang dah lama berCINTA x? korang yakin ke dia untuk korang? So HERE,, some TIPS untuk korang jadikan panduan supaya korang tidak tersalah pilih dalam mencari pasangan hidup..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.

3.Terima kita seadanya

Dia perlu menerima kita seadanya tanpa compare2 dengan yang lain. walaupun dia mengetahui kisah silam kita, dia tidak kisah mengenainya.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

5.Percaya Mempercayai

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Thats all
Till then
^_^