Saturday, March 26, 2011

KEMATANGAN itu perlu ke

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!!

Hye korang!! agak lama juga fatin tak update blog kesayangan ni kan.. Erm...ada yang merindui diri ini tak?(of course lah tiada)..huhu.. Neway,, minggu ini.. fatin sangat sibuk kot.. Assignment banyak nak kena hantar. Report FYP dah kena start buat.. Test pun banyak.. Dan yang paling best,,, fatin ada test di HARI KELAHIRAN fatin.. so,, no enjoy-enjoy on that day.. tumpuan adalah terletak pada buku sahaja.. HARAP MAKLUM


BTW,, tengs to mybeloved mum, dear, mylovely kazen2 and all myfrenz (sama ada rakan di alam nyata or rakan maya) yang telah sudi meng'WISH' pada hari ulangtahun saya pada 24 March lepas.. Sangat-sangat hargai.. Dengan ucapan selamat sahaja telah membuatkan fatin gembira. Tidak perlulah hadiah yang besar-besar,, surprise party or whatever la.. tapi,,, if nak buat juga.. Fatin tak kesah,, lagi bertambah suka...huhu.. Terima kasih juga kepada AIM & MIA kerna telah menyelitkan ucapan selamat hari jadi di entry beliau.. sangat terharu kot..^_^

Tahun lepas,, fatin dapat KEY of FREEDOM.. tahun ni dapat ape pula ye bila umur dah 22?.. Siapa tahu..huhu.. Umur saban tahun bertambah,, tak pernah berkurang.. so dengan peningkatan umur ni,, perlu ke kita jadi lebih matang? MATANG itu perlu ke?.. Kita kena matang dari segi apa sebenarnya untuk seiring dengan umur kita ni?..Kadang2 selalu terfikir di benak fikiran ini,, adakah aku telah cukup MATANG?

Special tengs buat Azizah adnan selaku editor kad chumel ini..
Terima Kasih juga kepada kawan2 yang WISH di KAD CHUMEL ini.

I'm 22 now,, MATURED tak??.. huhu
Till Then,,
^_^


Monday, March 21, 2011

Hangout : HOT BALLOON

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hye korang.. Happy Monday.. Mulakan minggu baru dengan semangat ya.. Janganlah awal2 minggu dah lemau2 ye.. tak bagus tue..huhu.. Chill beb!!

Hari ni,, fatin just nak share dengan korang tentang kegembiraan fatin pada hari semalam.. Kegembiraan bersama rakan-rakan yang tercinta..huhu.. memang HAPPENING habes la.. Gelak2 sakan bersama,, bergambar2 kenangan bersama di HOT BALLON Putrajaya.. 


Tapi yang sedihnya,, masa kitorang sampai around 9.00am,, tiket nak naek HOT BALLON dah habes.. (sangat awal dah habes kot.. pukul berapalah orang2 itu sampai..grrr.. )Terkilan juga kami sebab tak dapat merasa naik benda besar tue.. -_-'

So,, jom layan antara picha2 menarik dan terbaik dari kami.. ^_^





Cukuplah ini dulu..
Have a nice day..
Till then
^_^


Friday, March 18, 2011

Bermalam di katil seorang LELAKI

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..


Ekceli,,entry kali ini fatin nak share dengan u'ols tentang sebuah kisah yang boleh menjadi panduan kepada kita semua. Fatin amek cerita ini dari FB. Hope zaman sekarang pun masih ada lah lelaki seperti ini.


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal… Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi… Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


Sama-samalah kita berfikir ke arah kebaikan,,
Sharing is Caring
Till Then
^_^