Friday, July 29, 2011

Mengapa terlalu SUKAR

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers

Maaf, Sorry, Joesonghabnida, Baoqian



Ia mempunyai maksud yang sama.. Tetapi,, mengapakah ungkapan itu terlalu berat untuk diluahkan? Mengapakah ia sangat sukar dibebaskan dari sangkar hati kita?.. Fikir-fikirkanlah. Bukankah sepatutnya,, kita menjernihkan apa yang keruh, moga ukhwah yang utuh akan terbina.

Dalam memaafi orang,, Janganlah kita memilih siapa dia. Berikanlah kemaafan kepada semua. Ini kerna,, kita berukhwah bukan kerna rupa, harta, pangkat, status. Maka janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, kamu enggan memaafinya. Dan janganlah juga disebabkan sesuatu kesilapan yang kecil membuatkan sesuatu ikatan itu terlerai begitu saja. Setiap insan pasti ada yang tidak sempurnanya. Maafilah mereka.

Mengalah bukan beerti kalah. Kurangkanlah egomu,, lemparkanlah kemaafan. Sekiranya yang membuat kesilapan itu tidak mahu memohon maaf,, lebih baik kita saja yang memberi maaf. Ini kerana, dengan memaafi orang,, tanpa sedar kita akan merasakan sesuatu nikmat yang amat indah. Ingatlah,, hidup ini ada hukum karmanya. So, What you give, you will get it back!!

Maaf itu membahagiakan. Bukankah MAAF itu sesuatu yang indah dan mententeramkan jiwa?.. Sekiranya kamu benar-benar memaafi sesorang itu, nescaya kamu akan berbahagia. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya dihati kamu.

Sabda baginda Nabi Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

So,, di bulan RAMADHAN yang akan berkunjung tiba ini. Sama-samalah kita memohon maaf kepada semua orang disekeliling kita. Memaafi dan memohon maaflah dengan seikhlasnya. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Nescaya kehidupan kita pasti akan lebih sempurna.


Maaf sekiranya Fatin ada termenyakiti HATI sesiapa
Till then
^_^

Wednesday, July 27, 2011

#1 Wordless Wednesday

Selamat sejahtera myLOVELY readers..

Only picha on WEDNESDAY,, DOESN'T need description
The PICHA will explain everything
Dari blogger untuk bloggers






Note : 1st time join ni.. hoho

Tuesday, July 26, 2011

Muvee time : Mr. Popper's Penguins

Assalamualaikum
Selamat sejahteraan myLOVELY readers!!


Hye korang!! Hari ni fatin HANGOUT dengan kawan baru. Kami tengok muvee..


Cerita ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Its FUN!!
Penguins itu sangat cute.
Now,, Fatin just nak review sikit pasal muvee nie..

Kisah ini bermula apabila Mr. Popper mendapat hadiah seekor penguin dari bapa beliau. Disebabkan Mr. Popper tidak menyukai penguin itu,, dia meminta agar peguin tersebut dikembalikan ke tempat asalnya. Tetapi,, permintaan beliau ditolak,, malah beliau mendapat 5 ekor lagi penguin. Pabila Mr. Popper dapat hadiah2 tue,, kehidupan beliau menjadi lebih tunggang-langgang. Walau bagaimanapun,, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Disebabkan penguins itu,, Mr. Popper dapat bersatu semula dengan family beliau.

Gerne : Family Comedy
Rate : 3.5 Stars

Thanks to myfrenz Nad coz bawa tiket FREE!!!
Till then
^_^


GiveAway EdY : still beauty

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Jom kawan2 join INI

To join,, just follow a few simple steps [HERE]

The most important RULE are u'all need to FOLLOW both of this blog :
http://danielzaidi.blogspot.com/

Tarikh tutup penyertaan pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011


Note : Hadiah dia COMEL2 OK..huhu



Hope I'm LUCKY again!!
Till then
^_^

Sunday, July 24, 2011

BN Youth JOB Fair

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Morning u'ols.. Semoga hari minggu ini,, memberi keceriaan kepada anda. Fatin pun berharap begitu,, walaupun sebentar lagi sudah nak pergi kerja.. huhu..

Semalam,, BN telah mengadakan karnival kerjaya di MITC, Ayer Keroh. So,, disebabkan semalam fatin cuti,, fatin pun turut memeriahkan karnival tersebut. Mencari nasib untuk kerja baru. hehe.. Banyak juga booth2 yang di buka. Fatin sempat juga menDROPkan beberapa buah resume kepada company2 yang sesuai dengan course yang fatin amek. Sekiranya bernasib baik,, beralih arah lagi la fatin nanti.. hehe..

Tapi yang tak berapa nak bestnya ialah,, banyak company yang tidak mahu mengambil pekerja FRESH GRADUATE macam fatin ni.. Semuanya nak yang berpengalaman. Ini yang membuatkan fatin kurang setuju. Sekiranya mereka tidak memberi peluang,, bagaimana nak adanya pekerja yang berpengalaman? Bagaimana dengan nasib kami?


Kami BUDAK KIMIA yang ketiadaan kerja..hoho


Hope saya memilih jalan kerjaya yang tepat..
Till then
^_^


Saturday, July 23, 2011

Beralih ARAH

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Lama fatin berdiam dirikan.. Fatin rasa sangat rindu dekat my lovely BLOG ni.. Ekceli,, ada banyak benda yang fatin nak cerita. tapi,, sumuanya dah berlalu.. Yang dah lepas tue,, biarlah ia berlalu. betol tak korang?.. Bak kata orang tua2,, yang sudah itu, tak perlulah dikenang.

Sekarang ni pun,, fatin dah menjalani kehidupan baru. I'm not a student anymore!!!Tapi sekarang,, fatin sudah menjadi seorang pekerja yang berdidikasi. hehe.. Segalanya berubah sekarang. Dah tak boleh nak enjoy lebih-lebih ngan kawan kelas dulu. Sangat merindui mereka. Aktiviti bergambar ke sana ke mari ke sinun pun dah semakin berkurang.. Hancurlah koleksi gambar2 saya. Aishhh..

Fatin start kerja pada 7 Julai 2011,, tiga hari selepas mymum operation. Alhamdulillah,, proses pembedahan mymum berjalan dengan baik. Sekarang pun,, mak fatin dah semakin sihat. Terima kasih kepada mereka2 yang telah mendoakan kesejahteraan buat my mum.. Fatin sangat hargainya, semoga ALLAH memberikan kalian kesejahteraan juga.

Kerja fatin sekarang ni,, more to CUSTOMER SERVICE. So,, perkara yang paling penting sekali ialah SENYUM.. Memang terpesonglah dari COURSE yang fatin amek masa study dulu..hehe.. Sekarang ni pun,, fatin masih dalam training lagi. Environment kerja pun OK lah.. Kawan2 sume nampak ok. Apa2 yang fatin tak tahu,, mereka tolong ajarkan. Tapi tak tahulah,, erm.. hope tiadalah orang yang membenci fatin ni. I'll try my best to be a good friend to everybody.

Oklah,, ni fatin nak share sikit picha masa my kazen wedding.
May ALLAH blesssed both of U ( Along and Kak Ayu)



Till then
^_^