Saturday, November 19, 2011

My WONDERFUL day

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers

Hye my dear bloggers frenz.. Yeaahhh.. Fatin datang update blog lagi..hehe.. Korang perasan tak,, sejak dua menjak ni,, fatin hanya update blog sebulan sekali je.. Teruk betulkan.. Tapi fatin tau tak ada orang kesah pun.. So,, its okeylah if fatin tak update pun.. hehe.. Yang ruginye fatin,, bila tak update,, visitor kurang. Bila visitor kurang,, gaji yang diberi oleh Mr. Nuff pun kurang la.. Sadis betul kan.. huhu..

So,, alang-alang macam banyak masa nak update blog,, fatin nak SHARElah dengan korang tentang keGEMBIRAAN fatin masa convo kelmarin..(even cerita ni dah agak basi..hehe..) Bahagia rasa bila dah CONVO ni..hehe.. Maka dengan ini,, sah lah fatin menjadi ALUMNI UiTM..

Fatin tak nak banyak membebel lagi,, fatin just nak share sedikit pic masa convo dengan korang.. Picture will tell how much I happy on that day.. ^_^

Date : 27/10/11
Time : 2.00 pm
Place : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam





note : Akhirnya berjaya juga aku menggengam segulung ijazah

Till Then
^_^

Monday, October 10, 2011

Membina KERJAYA

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Long times never share STORY here. Sekarang ni sangat sibuk dengan tugas seharian. Masa beristirehat semakin tidak menentu. Bila sudah bekerja ni, baru Fatin tahu erti mencari rezki. Lebih pandai menghargai wang. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Terima Kasih EMAK kerana telah berpenat lelah, membanting tulang demi mendewasakan dan memberi pelajaran buat anak mu ini. Aten pasti akan membalas jasa EMAK. Insyaallah.

Sekarang ni,, Fatin sedang berHONEYMOON at Kuala Lumpur. hehehe.. Erm.. Honeymoon ke?.. Nope lah,, Fatin sekarang tengah training to be Assistant Manager KFC.. Mungkin ramai yang tertanya2 mengapa fatin pilih kerjaya ini. Iyolah,, fatin study APPLIED CHEMISTRY, tapi kerja dalam bidang CUSTOMER SERVICE.. Beralih arah sangat kan?.. Mungkin rezki fatin di sini.. Ekceli, fatin ada dapat 2 tawaran kerja as a CHEMIST.. Tapi fatin tolak.. I dun know why I do that. But, what I know I enjoy with my JOB now. It's adventure. I LIKE it!! Ia adalah sesuatu pengalaman baru bagi fatin..


Mission : Complete what I was started!!

 Till then..
^_^

Wednesday, September 7, 2011

#3 Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Selamat sejahtera my lovely readers..


Pagi 1 Syawal

Malam 1 Syawal




mood : Redha jer..


Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum
Salam Lebaran buat semua!!


Hye korang!!
Selamat Hari Raya
Di hari raya nanti,, hati-hati di jalan raya.
Ingatlah orang yang tersayang.
Semoga berbahagia di hari yang mulia.

Till then



note : malam raya pun kena kerja.. -_-

Thursday, August 25, 2011

Mission completed : Cornflakes Chocolate done

Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers!!

Hai korang!! Ok,, Semalam mood raya dah datang kat fatin.. So dengan bersemangat raya nya,, balik kerja semalam,, fatin terus pergi membeli barang2 untuk buat kuih raya paling SIMPLE, MUDAH, dan CEPAT.. Maka,, selepas merehatkan diri setelah lelah bekerja seharian, fatin pun start lah buat kuih Cornflakes Chocolate. Dan hasilnya adalah seperti di bawah. 

Tadaa ;)
So,, korang nak tahu resipi dia tak?..If nak,,

Lets check it out ;

Bahan-bahan :
300g Cornflakes
3 bar Cooking Chocolate
2 sudu Butter
2 sudu gula
2 sudu Serbuk Koko

Cara-cara :
1. Panaskan Butter bersama gula. 
2. Then cairkan coklat. Untuk mencairkan bahan2 ini, gunakan kaedah double boiling.
3. Setelah semuanya mencair, tambahkan serbuk Koko.
4. Kemudian, padam api dan masukan cornflakes ke dalam coklat cair tadi. Gaulkan sehingga semua cornflakes bersalut coklat.
5. Masukan ke dalam acuan. Untuk lebih cantik, taburkan gula urai warna-warni di atasnya.
6. Biarkan coklat mengeras. Dan sedia untuk di makan.

Okey,, itu sahaja dari fatin. Senangkan? Selamat mencuba.. ;)

Duration : 1 hr 20 min
Till then
^_^


Thursday, August 11, 2011

Kawan vs Sahabat

Assalamualaikum
Salam 11 Ramadhan

Bila sudah berjauhan dengan sahabat-sahabat masa belajar dulu. Rasa rindu semakin membuak-buak. Yelah 3 tahun bersama. Banyak perkara yang dilalui bersama. Suka, Duka, Tawa, Riang semua ada. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing yang baru. Ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ada yang sedang membina kerjaya, ada yang sedang mencari hala tuju dan bermacam-macam lagi. Setiap mereka, ada jalan yang tersendiri. Begitu juga Fatin.

Bila berjauhan dengan sahabat-sahabat lama,, muncul pula kawan baru. Biasalah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi,, tak semua yang diganti itu sama dengan yang lama. Susah untuk mencari yang sama. Dalam 100, mungkin satu sahaja yang akan sama. Di sini, fatin cuma ingin menekankan bahawa, kawan semasa belajar, tak sama dengan waktu kerja sekarang. Siapa sokong dengan statement ni?..hehe

Kalau time belajar dulu,, banyak benda kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Biasanya, setiap satu persegi kita akan bercerita dengan kawan. Tapi, kawan di alam pekerjaan, tak semua kita boleh berkongsi bersama. Banyak hati yang perlu di jaga. Sukar untuk berterus terang. Kadang-kadang, memendam itu lebih baik dari meluahkan.

Bagi Fatin,, walau pun dah ada yang baru, Fatin tetap cari yang lama kerana merekalah yang lebih memahami. Setiap ape yang fatin lalui, mereka pasti akan cepat mengetahui. Mereka sangat superb!! Walau apa pun,, tak semua kawan baru tak boleh dijadikan sahabat, cuma ia masih baru. Banyak benda yang masih belum diketahui. Mungkin satu hari nanti persahabatan yang baik akan terjalin.


Sahabat = Sangat memahami
Kawan = hanya dikala suka

Till then
^_^


Monday, August 8, 2011

Segmen cx's : Geng UiTM by campus

Assalamualaikum
Salam 8 Ramadhan

Hye korang!!! Siapa kat sini student UiTM??
Jom lah join segmen Cx ni.. Senang je nak join.
Dengan join segmen ni,,
korang boleh berkenalan dengan membe2 se'UiTM' dengan korang..

For more details, click pic above.

UiTM di Hatiku

Campus : UiTM, Shah Alam
Course : B. Sc. in  Applied Chemistry
Part : Just finished


Note : Batuk masih teruk  =.='


Wednesday, August 3, 2011

#2 Wordless Wednesday

Assalamualaikum
Salam 3 Ramadhan untuk SEMUA






Note : Cer teka dia buat pe? ^_^


Friday, July 29, 2011

Mengapa terlalu SUKAR

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers

Maaf, Sorry, Joesonghabnida, Baoqian



Ia mempunyai maksud yang sama.. Tetapi,, mengapakah ungkapan itu terlalu berat untuk diluahkan? Mengapakah ia sangat sukar dibebaskan dari sangkar hati kita?.. Fikir-fikirkanlah. Bukankah sepatutnya,, kita menjernihkan apa yang keruh, moga ukhwah yang utuh akan terbina.

Dalam memaafi orang,, Janganlah kita memilih siapa dia. Berikanlah kemaafan kepada semua. Ini kerna,, kita berukhwah bukan kerna rupa, harta, pangkat, status. Maka janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, kamu enggan memaafinya. Dan janganlah juga disebabkan sesuatu kesilapan yang kecil membuatkan sesuatu ikatan itu terlerai begitu saja. Setiap insan pasti ada yang tidak sempurnanya. Maafilah mereka.

Mengalah bukan beerti kalah. Kurangkanlah egomu,, lemparkanlah kemaafan. Sekiranya yang membuat kesilapan itu tidak mahu memohon maaf,, lebih baik kita saja yang memberi maaf. Ini kerana, dengan memaafi orang,, tanpa sedar kita akan merasakan sesuatu nikmat yang amat indah. Ingatlah,, hidup ini ada hukum karmanya. So, What you give, you will get it back!!

Maaf itu membahagiakan. Bukankah MAAF itu sesuatu yang indah dan mententeramkan jiwa?.. Sekiranya kamu benar-benar memaafi sesorang itu, nescaya kamu akan berbahagia. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya dihati kamu.

Sabda baginda Nabi Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.

So,, di bulan RAMADHAN yang akan berkunjung tiba ini. Sama-samalah kita memohon maaf kepada semua orang disekeliling kita. Memaafi dan memohon maaflah dengan seikhlasnya. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Nescaya kehidupan kita pasti akan lebih sempurna.


Maaf sekiranya Fatin ada termenyakiti HATI sesiapa
Till then
^_^

Wednesday, July 27, 2011

#1 Wordless Wednesday

Selamat sejahtera myLOVELY readers..

Only picha on WEDNESDAY,, DOESN'T need description
The PICHA will explain everything
Dari blogger untuk bloggers






Note : 1st time join ni.. hoho

Tuesday, July 26, 2011

Muvee time : Mr. Popper's Penguins

Assalamualaikum
Selamat sejahteraan myLOVELY readers!!


Hye korang!! Hari ni fatin HANGOUT dengan kawan baru. Kami tengok muvee..


Cerita ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Its FUN!!
Penguins itu sangat cute.
Now,, Fatin just nak review sikit pasal muvee nie..

Kisah ini bermula apabila Mr. Popper mendapat hadiah seekor penguin dari bapa beliau. Disebabkan Mr. Popper tidak menyukai penguin itu,, dia meminta agar peguin tersebut dikembalikan ke tempat asalnya. Tetapi,, permintaan beliau ditolak,, malah beliau mendapat 5 ekor lagi penguin. Pabila Mr. Popper dapat hadiah2 tue,, kehidupan beliau menjadi lebih tunggang-langgang. Walau bagaimanapun,, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Disebabkan penguins itu,, Mr. Popper dapat bersatu semula dengan family beliau.

Gerne : Family Comedy
Rate : 3.5 Stars

Thanks to myfrenz Nad coz bawa tiket FREE!!!
Till then
^_^


GiveAway EdY : still beauty

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Jom kawan2 join INI

To join,, just follow a few simple steps [HERE]

The most important RULE are u'all need to FOLLOW both of this blog :
http://danielzaidi.blogspot.com/

Tarikh tutup penyertaan pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011


Note : Hadiah dia COMEL2 OK..huhu



Hope I'm LUCKY again!!
Till then
^_^

Sunday, July 24, 2011

BN Youth JOB Fair

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Morning u'ols.. Semoga hari minggu ini,, memberi keceriaan kepada anda. Fatin pun berharap begitu,, walaupun sebentar lagi sudah nak pergi kerja.. huhu..

Semalam,, BN telah mengadakan karnival kerjaya di MITC, Ayer Keroh. So,, disebabkan semalam fatin cuti,, fatin pun turut memeriahkan karnival tersebut. Mencari nasib untuk kerja baru. hehe.. Banyak juga booth2 yang di buka. Fatin sempat juga menDROPkan beberapa buah resume kepada company2 yang sesuai dengan course yang fatin amek. Sekiranya bernasib baik,, beralih arah lagi la fatin nanti.. hehe..

Tapi yang tak berapa nak bestnya ialah,, banyak company yang tidak mahu mengambil pekerja FRESH GRADUATE macam fatin ni.. Semuanya nak yang berpengalaman. Ini yang membuatkan fatin kurang setuju. Sekiranya mereka tidak memberi peluang,, bagaimana nak adanya pekerja yang berpengalaman? Bagaimana dengan nasib kami?


Kami BUDAK KIMIA yang ketiadaan kerja..hoho


Hope saya memilih jalan kerjaya yang tepat..
Till then
^_^


Saturday, July 23, 2011

Beralih ARAH

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Lama fatin berdiam dirikan.. Fatin rasa sangat rindu dekat my lovely BLOG ni.. Ekceli,, ada banyak benda yang fatin nak cerita. tapi,, sumuanya dah berlalu.. Yang dah lepas tue,, biarlah ia berlalu. betol tak korang?.. Bak kata orang tua2,, yang sudah itu, tak perlulah dikenang.

Sekarang ni pun,, fatin dah menjalani kehidupan baru. I'm not a student anymore!!!Tapi sekarang,, fatin sudah menjadi seorang pekerja yang berdidikasi. hehe.. Segalanya berubah sekarang. Dah tak boleh nak enjoy lebih-lebih ngan kawan kelas dulu. Sangat merindui mereka. Aktiviti bergambar ke sana ke mari ke sinun pun dah semakin berkurang.. Hancurlah koleksi gambar2 saya. Aishhh..

Fatin start kerja pada 7 Julai 2011,, tiga hari selepas mymum operation. Alhamdulillah,, proses pembedahan mymum berjalan dengan baik. Sekarang pun,, mak fatin dah semakin sihat. Terima kasih kepada mereka2 yang telah mendoakan kesejahteraan buat my mum.. Fatin sangat hargainya, semoga ALLAH memberikan kalian kesejahteraan juga.

Kerja fatin sekarang ni,, more to CUSTOMER SERVICE. So,, perkara yang paling penting sekali ialah SENYUM.. Memang terpesonglah dari COURSE yang fatin amek masa study dulu..hehe.. Sekarang ni pun,, fatin masih dalam training lagi. Environment kerja pun OK lah.. Kawan2 sume nampak ok. Apa2 yang fatin tak tahu,, mereka tolong ajarkan. Tapi tak tahulah,, erm.. hope tiadalah orang yang membenci fatin ni. I'll try my best to be a good friend to everybody.

Oklah,, ni fatin nak share sikit picha masa my kazen wedding.
May ALLAH blesssed both of U ( Along and Kak Ayu)



Till then
^_^


Thursday, June 16, 2011

Hajat TERCAPAI

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Fatin just nak share some experience fatin masa weken baru nie..
Hari ahad hari tue,, fatin pergi ke genting lagi..
Kali ini,, fatin pergi ikut rombongan Cik Kiah pula..
Kawan mak yang anjurkan..
Kali ni, fatin rasa sangat puas kot pergi genting..
Coz fatin dapat naik semua game OUTDOOR..

Game yang paling best gila..
Ialah SPACE SHOOT..
Fatin rasa,, kalau pergi genting tak naik SPACE SHOOT,,
rasa macam rugi je..hoho..
macam masa fatin pergi last year.. 
rasa tak puas coz tak dapat naek space shoot.. [HERE]


Ini aksi ketika naik PERMAINAN tercabut nyawa sekejab..
Sangat DAHSYAT.. tapi still tersenyum riang masa turun tue..hoho..


note : korang yang pergi GENTING nanti,,
jangan lupa naik SPACE SHOOT ya..

Till then
^_^

Wednesday, June 15, 2011

Muvee time : Kung Fu Panda 2 (3D)

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Long times no news..
Sekarang fatin dah tak ada sumber untuk on9..
Dah apply STREMIX lama dah,, tapi sampai sekarang dia tak pasang..
Itu yang dah jarang mengupdate blog..
Sadiskan nasib blog fatin yang kesepian sekarang..hoho..
Ekceli,, banyak cerita fatin nak kongsi dengan korang.. tapi banyak yang dah basi..
so terpaksa fatin abaikan jelah..

So,, untuk entry pembukaan setelah lama tidak berUPDATE..
Fatin just nak review sikit tentang cerita yang sangat CUTE ni..
KUNGFU PANDA 2

Cerita ni sangat KELAKAR kot..Lawak2 je aksi si Panda ni..
PANDA tue sangat comel.. rasa macam nak cubit-cubit je dia..huhu
Fatin tengok cerita ni with mylittle kazen - TASHA
(Kena paksa rela dengan itu budak kecil..hoho..)
Nasib baeklah cerita ni best.. tak adalah rasa rugi tengok yang 3D ni.

Cerita ini adalah kesinambungan dari Kung Fu Panda 1.. Dalam cerita ini,, Panda cute atau namanya Po,, telah mendapat tahu asal usulnya.. Masa cerita yang 1st dulu,, mesti kita rasa pelik macam mana si Po ini,, mempunyai ayah seekor angsa. Padahal Po ni adalah Panda. So dalam Kung Fu Panda 2 ni,, Po dapat tahu dirinya yang sebenar dengan menggunakan kuasa KEHARMONIAN DALAMAN.. Dengan kuasa ini,, dia dapat bayangan tentang masa lampaunya ketika dia berada di tempat asalnya.. Setelah itu,, barulah Po dapat menewaskan Merak yang angkuh.

Rate : 4 stars..

Tontonlah yang 3D.. Sangat best..
Till Then
^_^


Saturday, May 21, 2011

Jauh itu hanya sekadar JARAK

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Siapa kat sini sedang bercinta jarak jauh?.. Cinta begini sangat extream kot..hoho.. Apa perasaan korang bila bercinta jauh-jauh ni. Adakah korang rasa cinta korang tergugat?.. Tak perlulah rasa begitu. Jauh itu hanya sekadar JARAK.. Kalau betul DIA adalah jodoh korang. Usah GENTAR!!. Jodoh tak akan lari ke mana. Jika DIA bukan jodoh korang. Redha sajalah. Mungkin ada yang lagi baik tercipta untuk korang.

Kat sini fatin nak sharelah sedikit tips yang boleh kekalkan kehangatan cinta jarak jauh ni..huhu.. bajet macam Dr.Cinta pula fatin nie..hoho..

Firstly,, yang sangat penting adalah kepercayaan..
Korang kena tanamkan sikap percaya dan mempercayai antara satu sama lain.
Keduanya,, korang perlulah saling berhubung..
Paling koman pun,, 1 hari 1 message pun jadilah..
Sekadar memberitahu khabar berita.. Tak adalah korang rasa risau2 selalu..
Ketiga,, korang mestilah setia
Janganlah main kayu tiga pula kat belakang..hoho
Tak baik tau memainkan perasaan orang..
Keempat,, jangan terlalu mengongkong
Beri kebebasan kepada pasangan anda..
Tapi bila si DIA dah beri kebebesan,, korang jangan pula salah gunakannya..
Lastly,, cari masa untuk berjumpa..
Kalau dah jauh tu,, sure ada terselit perasaan rindukan..
Jgn biarkan rindu itu memusnahkan perhubungan anda.
So,, carilah masa untuk berjumpa seketika.

Cukuplah 5 tips dari fatin. Yang lain2,, korang fikirlah sendiri.. hoho.. Akhir kata,, Jodoh dan Pertemuan itu di tangan tuhan. Kalau dah tiada jodoh,, korang bercinta macam mana pun.. Ia tetap tak akan menjadi. Renung-renungkan.. 

One more thing,, dun forget to wish her/his bezday..
If beri hadiah lagi BESH..hoho..


Love..Love..Love
Till Then,,
^_^



Wednesday, May 18, 2011

Kenapalah SUSAH sangat

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers

Alhamdulillah.. Presentation hari tue berjalan dengan lancar. Even pagi tue fatin terlambat bangun. So, terpaksalah drive dengan sangat 'SLOW'..huhu.. Nasib baik selamat sampai di fakulti. Sepatutnya, fatin presenter pertama,, tapi disebabkan kelewatan. Fatin menjadi presenter yang ke-3. Nasib baik ketua panel tak disqualified fatin. Kalau tidak,, hancur musnahlah my future..huhu.. Terima Kasih KETUA PANEL!!

Sekarang ini, fatin still lagi di Shah Alam. Menunggu kelulusan dari Project Coordinator approve my FYP report untuk di hardbound. Aduh, kenapalah susah sangat nak approve ya. Tekanan je rasa selagi report ni tak dihantar. Tak kan nak duduk Shah Alam ni lama-lama. BOSAN nya!!!



Moral of the story : 
korang jang tidur lewat if nak bangun pagi-pagi. 
Tak pun, korang tak payah tidurlah malam tue. 
So, tak adalah korang overslept. huhu.




Mood : Stress
Till then,
-_-'




Monday, May 16, 2011

Perempuan pun BOLEH

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Korang apa khabar?
Harap sihat-sihat hendaknya.
Alhamdulillah.. Pada 11 May 2011
Fatin dah selamat merempit dari Shah Alam ke Melaka..
Ingat lelaki je ke boleh? Perempuan pun boleh..
Zaman sekarang ni,, tiada yang mustahil..
Terima Kasih kepada myMUM
yang telah menfollow anak dara dia yang sorang ni..
Sayang MAK sangat-sangat.
Dah sensorang kenalah kuatkan semangat je.
I must to be independent!!
Esok pagi2 nak drive ke Shah Alam pula.
Tapi sekarang dah pukul 2.00 am tak tido lagi..
Kenapalah mata ni tak ngantok lagi ek..aishh..
Neves nak presentation esok kot.
Hope semuanya berjalan dengan lancar.


Mencuba sesuatu yang baru sangat BEST..
Till then,,
^_^

Wednesday, May 11, 2011

Eight itu LAPAN

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hari ini,, fatin macam rajinlah pula nak update blog dua kalikan. Nak kes nak lepas gian sebab dah lama tak update bloglah tu. HAHA.. Malam ni just nak buat entry ucapan penghargaan buat MYCANDIES yang ke-888 (Lapan, Eight, Ba : Lapan = Bahasa Melayu, Eight = English, Ba = Mandarin. ) cantik nombor ni,, fatin suka.. ^_^


Teng buat farra_yien sebab sudi jadi follower blog comot ni. Fatin tahu blog fatin tak hebat. tengok komen pun sure korang dah tahukan,, tapi korang stil follow juga. TERIMA KASIH korang!! sebab tue lah fatin sangat hargai korang-korang yang sudi menjadi MYCANDIES. Korang memang sangat sweet macam gula-gula lah.. hehe..



luv myCANDIES
Dari 100 ke 888 hampir setahun kot..
Saya tak hebat..hoho..
till then,,
^_^



note : Shah Alam - Melaka.. Mampukah aku lakukan? 

Tuesday, May 10, 2011

Ini yang TERAKHIR

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Lama tak berupdate myLOVELY blog yang comot-comot ni. Maaflah kepada sesiapa yang merindui blog fatin ni. Bajet macam ada je yg rindu-rinduan kat blog comot ni. HAHA. Actually semester ini sangat2 busy kot, dengan nak buat FYP nya, dengan nak test-test nya, dengan nak buat report-report nya. Arghh.. agak tekananlah juga. Nasib baik tak GILA. haha.

Dan di sini,, fatin nak mengumumkan di mana, SEMALAM adalah hari terakhir fatin EXAM. yahooo!!! Akhirnya tamat sudah kesengsaraan belajar. Sengsara ke? Teeeetttttttttttt.. huhu. Hope semalam adalah hari terakhir fatin menjawab peperiksaan dan berharap juga yang fatin akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang terakhir ni. Lepas ni bolehlah update entry hari-hari.. dapatlah up kan traffic balik.. yeay!!!

Korang-korang yang telah men'wish' GOOD LUCK kepada fatin. Fatin ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Really appreciate it. Tak lupa juga kepada yang mendoakan kejayaan fatin. TQVM ya. Jasa korang,, hanya ALLAH yang mampu membalas.

Sebelum last,, Fatin nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan BS.Applied Chemistry yang telah bersama-sama selama 3 tahun mengharungi kehidupan di kampus ni. Banyak pengalaman pahit manis kita harungi bersama. Selepas ini, kita akan membawa haluan masing-masing, hope korang tidak melupakan kenangan kita bersama tau. Tengs so much for being myfrenz. If selama ini, aku ada tersakitkan hati korang, aku ingin memohon maaf dari hujung selendang sampai hujung wadges. Aku hanya insan biasa yang tidak lekang dari terbuat salah. I'm not a perfect girl. I know sometime I didn't mean anything to u all. but just remember one thing.  I really LOVE korang!! *sedih dah ni..:( 



layan perasaan,,
till then,
=.='

note : Esok nak merempit jauh. hope selamat hendaknya. nevesnya!!


Saturday, May 7, 2011

Saya sayang DIA

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera to all myLOVELY readers..

Pstt..psttt.. Korang..Korang.!! Meh fatin nak ingatkan korang sikit ni. Weekend ni penting untuk DIA tau. Korang jangan buat-buat lupa pula ye. Mungkin DIA sedang menunggu seungkap ucapan dari korang. Kesian DIA tertunggu.-tunggu. Jangan buat DIA sedih tau. Kalau fatin la kan,, fatin tak sanggup tengok DIA sedih. Bila terbuat DIA sedih,, komfem fatin akan rasa bersalah sangat. Aku hanya insan biasa tidak terlepas dari terbuat salah. Owh.. maafkan la diri ini wahai kesayangan hamba.

So di kesempatan ini,, fatin ingin mengucapkan :

'SELAMAT HARI IBU
kepada semua IBU-IBU di dunia ini.
Tanpa kalian,, tiadalah para cendiakawan
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang doktor
Tanpa kalia,, tidak lahirlah seorang engineer
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang guru
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang pakar agama
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang insan yang bernama ANAK!!
Terima Kasih wahai ibu-ibu'

Maka,, jadilah anak yang berjasa kepada kedua orang tua.
Hargailah mereka selagi hayatnya..
Sayangilah mereka sesungguhnya..
Sedekahkanlah ayat al-Quran sekiranya DIA sudah tiada..



Till then,,
^_^


note : 1 paper to go.. Go Fatin Go!!!

Tuesday, May 3, 2011

Blogger kawin bloggist

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLovely readers!!

Semalam bersamaan 2 May 2011,
Sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua mereka ini

Selamat Pengantin Baru kepada BLOGGERS Ujang & Kak Yana
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Majlis perkahwinan BLOGGERS la kata kan..
So,, blogger-blogger pun di jemputlah.
Dah macam Gathering Bloggers pula kat majlis Ujang & Kak Yana ni..huhu

Picha from Miss Trex


 Fatin pergi gathering bersama mereka..
tapi tak termasuk Trex yang kat belakang tu.
Kak Chik Ella sebagai penjaga kami. huhu..
Tengs la kak cik coz sudi tumpangkan KAMI (Fatin, Atiq, Ina)


Enjoy that day..
Till then
^_^


note : 3 paper to go. Need to Study Hard!!!Go Fatin GO!! 

Thursday, April 21, 2011

Penentu masa hadapan

Assalamualaikum
Selamat sejahtera mylovely readers!!

How are you mydear frenz?.. Hope fine like me..
Now is study week fever..
sume orang sibuk men'study'kan diri.. termasuklah i ni kan..huhu
Study week ni,, fatin balik rumah tau..
konon-kononnya nak study kat rumah la kan..hehe..
Korang tahukan,, this semester is myfinal semester..
(even tak tahu pun,, buat tahu la..hehe)
so,, I hope this will be my final exam..
After 9 May,, no more exam..no more study..no more book..
(novel je boleh..huhu..)
I'm not a student anymore..yeay!!!
but before that,, I must to try mybest for myfuture..
even.. I still tak nampak what i'll be in the future..hehe
aish...payah ni..huhu..

Fatin start exam 28/4 - 9/5
Hope it will be okey!!
Kawan2 doakan kejayaan kita bersama ya..
nanti kita boleh convo sama-sama..


GOOD LUCK to my classmate!!
GOOD LUCK to all UiTM students!!
GOOD LUCK to blogger who will take an exam!!
GOOD LUCK TO EVERYONE!!

HOPE WE WILL SUCCESS!!!

STUDY elok2..
Dont stress2 on the exam week ya,
Till then,
^_^


p/s : jangan mengalah sebelum bertempur!! I'll pray for our success.. :)

Thursday, April 14, 2011

Kaki Novel : Syurga Di Hati

Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers!!

Hye korang,, dalam kesibukan yang melanda sekarang..
(Exam semakin hampir,, report thesis perlu disiapkan dgn cepat)
fatin sempat lagi baca novel tau..hehe..
dan sempat update blog nak share dengan korang..
terharu tak?.. ayat poyo di situ..huhu
novel kali ni ialah novel terbitan Alaf21..


 Novel ni,, boleh tahanlah.. tapi tak terkesan sangat di hati fatin.
sebab novel ni tak sedih sangat..hehehe..
Novel ni tak berat sangat jalan ceritanya..
Cepat dan padat.. Tidak berbelit-belit.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat,, terutamanya muda-mudi..huhu..
apa yang fatin dapat dari novel ni ialah,, kita janganlah terlalu EGO!!!
Selidik dulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu..
Lagi satu,, kawin muda banyak halangan dan dugaan nya..
So,, fikir-fikirlah sebelum membuat keputusan..peace.. :)

Kat sini fatin ada capture sinopsis novel SYURGA di HATI

Enjoy ur reading kepada kaki novel sekalian!!
Till then,,
^_^

p/s : even sekarang fatin dah jarang berblogging,, korang jangan lupakan fatin ya.. =_='

Wednesday, April 6, 2011

Tips : Minuman Diet

Assalamualaikum,,
Selamat sejahtera myLOVELY readers..

Hye korang!!! Long time no update.. Sorry guys..
Korang tahu tak minuman ape yang sesuai untuk DIET? Kalau cerita pasal DIET je,, mesti ramai yang akan fokuskan kepada pengurangan dalam pengambilan makanan.. tentang minuman pula,, jarang kita ambil peduli..Is it right??huhu

So,, here fatin nak share sedikit info yang fatin baca d'majalah DARA.COM
Untuk berDIET,, kita hendaklah berdiet dari segi mengambil makanan yang sihat dan juga mengamalkan minuman DIET.. Di sini,, bukan fatin maksudkan minuman DIET yang banyak dijual di pasaran ya!!! tapi..ia adalah :

1. Air Mineral/Air Putih
  • ia sangat ideal utk hilangkan rasa haus dan yg penting ia tidak menggemukkan
  • air ini sangat sihat dan mampu mengurangkan berat badan kerana ia bebas kalori
2. Susu
  • Ia memberikan zat yg mencukupi.
  • ada pendapat menyatakan, mereka yg berdiet perlu meminum susu kerana ia mampu menurunkan berat badan sehingga 70% lebih banyak daripada mengambil kalori yang sama tetapi tidak mendapat susu.
  • So lets start with low fat milk untuk berdiet. 
3. Teh Hijau
  • sangat diperlukan oleh mereka yg obses berdiet
  • tindak balas yg terdapat dalam teh membantu pembakaran lemak
4. Kopi
  • Ia mampu mengurangkan nafsu makan sehingga 35%
  • kadungan kafeinnya, membuat si peminum bersemangat berolah raga dan mampu menaikkan denyutan jantung anda sebanyak 2kali ganda
  • tidak sesuai bagi pendeit yang mengidap sakit jantung dan darah tinggi
5. Jus Buah/Sari buah
  • Bagus untuk menambah vitamin C dan vitamin lain dalam badan
  • membantu mengurangkan kekurangan cairan akibat plasma darah yang keluar merembes dari pembuluh darah

Amalkan gaya hidup SIHAT
Till then
^_^

p/s : Minum dengan sedikit perahan limau menggalakkan metabolisme badan
p/s/s : Untuk kesan yang lebih baik dalam berDIET, amalkan BERSENAM juga..
p/s/s/s : Elakkan meminum air berais/air sejuk kerana ia boleh menyebabkan sakit2 sendi!!
p/s/s/s/s : maaf sekiranya fatin tidak sempat berkunjung balas ke blog korang dalam masa terdekat ni ya. Tapi, fatin akan BW bila masa mengizinkan..


Saturday, March 26, 2011

KEMATANGAN itu perlu ke

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!!

Hye korang!! agak lama juga fatin tak update blog kesayangan ni kan.. Erm...ada yang merindui diri ini tak?(of course lah tiada)..huhu.. Neway,, minggu ini.. fatin sangat sibuk kot.. Assignment banyak nak kena hantar. Report FYP dah kena start buat.. Test pun banyak.. Dan yang paling best,,, fatin ada test di HARI KELAHIRAN fatin.. so,, no enjoy-enjoy on that day.. tumpuan adalah terletak pada buku sahaja.. HARAP MAKLUM


BTW,, tengs to mybeloved mum, dear, mylovely kazen2 and all myfrenz (sama ada rakan di alam nyata or rakan maya) yang telah sudi meng'WISH' pada hari ulangtahun saya pada 24 March lepas.. Sangat-sangat hargai.. Dengan ucapan selamat sahaja telah membuatkan fatin gembira. Tidak perlulah hadiah yang besar-besar,, surprise party or whatever la.. tapi,,, if nak buat juga.. Fatin tak kesah,, lagi bertambah suka...huhu.. Terima kasih juga kepada AIM & MIA kerna telah menyelitkan ucapan selamat hari jadi di entry beliau.. sangat terharu kot..^_^

Tahun lepas,, fatin dapat KEY of FREEDOM.. tahun ni dapat ape pula ye bila umur dah 22?.. Siapa tahu..huhu.. Umur saban tahun bertambah,, tak pernah berkurang.. so dengan peningkatan umur ni,, perlu ke kita jadi lebih matang? MATANG itu perlu ke?.. Kita kena matang dari segi apa sebenarnya untuk seiring dengan umur kita ni?..Kadang2 selalu terfikir di benak fikiran ini,, adakah aku telah cukup MATANG?

Special tengs buat Azizah adnan selaku editor kad chumel ini..
Terima Kasih juga kepada kawan2 yang WISH di KAD CHUMEL ini.

I'm 22 now,, MATURED tak??.. huhu
Till Then,,
^_^


Monday, March 21, 2011

Hangout : HOT BALLOON

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hye korang.. Happy Monday.. Mulakan minggu baru dengan semangat ya.. Janganlah awal2 minggu dah lemau2 ye.. tak bagus tue..huhu.. Chill beb!!

Hari ni,, fatin just nak share dengan korang tentang kegembiraan fatin pada hari semalam.. Kegembiraan bersama rakan-rakan yang tercinta..huhu.. memang HAPPENING habes la.. Gelak2 sakan bersama,, bergambar2 kenangan bersama di HOT BALLON Putrajaya.. 


Tapi yang sedihnya,, masa kitorang sampai around 9.00am,, tiket nak naek HOT BALLON dah habes.. (sangat awal dah habes kot.. pukul berapalah orang2 itu sampai..grrr.. )Terkilan juga kami sebab tak dapat merasa naik benda besar tue.. -_-'

So,, jom layan antara picha2 menarik dan terbaik dari kami.. ^_^





Cukuplah ini dulu..
Have a nice day..
Till then
^_^


Friday, March 18, 2011

Bermalam di katil seorang LELAKI

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..


Ekceli,,entry kali ini fatin nak share dengan u'ols tentang sebuah kisah yang boleh menjadi panduan kepada kita semua. Fatin amek cerita ini dari FB. Hope zaman sekarang pun masih ada lah lelaki seperti ini.


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal… Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi… Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


Sama-samalah kita berfikir ke arah kebaikan,,
Sharing is Caring
Till Then
^_^