Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers
Maaf, Sorry, Joesonghabnida, Baoqian
Ia mempunyai maksud yang sama.. Tetapi,, mengapakah ungkapan itu terlalu berat untuk diluahkan? Mengapakah ia sangat sukar dibebaskan dari sangkar hati kita?.. Fikir-fikirkanlah. Bukankah sepatutnya,, kita menjernihkan apa yang keruh, moga ukhwah yang utuh akan terbina.
Dalam memaafi orang,, Janganlah kita memilih siapa dia. Berikanlah kemaafan kepada semua. Ini kerna,, kita berukhwah bukan kerna rupa, harta, pangkat, status. Maka janganlah kerana dia bukan sahabat karibmu, kamu enggan memaafinya. Dan janganlah juga disebabkan sesuatu kesilapan yang kecil membuatkan sesuatu ikatan itu terlerai begitu saja. Setiap insan pasti ada yang tidak sempurnanya. Maafilah mereka.
Mengalah bukan beerti kalah. Kurangkanlah egomu,, lemparkanlah kemaafan. Sekiranya yang membuat kesilapan itu tidak mahu memohon maaf,, lebih baik kita saja yang memberi maaf. Ini kerana, dengan memaafi orang,, tanpa sedar kita akan merasakan sesuatu nikmat yang amat indah. Ingatlah,, hidup ini ada hukum karmanya. So, What you give, you will get it back!!
Maaf itu membahagiakan. Bukankah MAAF itu sesuatu yang indah dan mententeramkan jiwa?.. Sekiranya kamu benar-benar memaafi sesorang itu, nescaya kamu akan berbahagia. Kelak bila ungkapan yang sama datang daripada dia, bahagia itu tiada taranya dihati kamu.
Sabda baginda Nabi Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
So,, di bulan RAMADHAN yang akan berkunjung tiba ini. Sama-samalah kita memohon maaf kepada semua orang disekeliling kita. Memaafi dan memohon maaflah dengan seikhlasnya. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Nescaya kehidupan kita pasti akan lebih sempurna.
Maaf sekiranya Fatin ada termenyakiti HATI sesiapa
Till then
^_^
10 comments:
sama2 la kita maaf memaafi..:)
betul tue kak... selamat menyambut ramadan dengan penuh keberkatan ye..
maaf memaafkan amalan mulia
jangan berdendam
:-)
http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/kontest-menang-duit-raya.html
and remember.. ucapan kata maaf jangan hanya pada bicara bibir sahaja.. biar lahir dari hati supaya tak ada sebesar zarah pun dendam yang beraja di hati.. =)
fatin..kita pun nak minta maaf sebab dah lama tak jenguk fatin kat sini..sorry dear.. :)
eyida :
betol la tue.. Maaf memaafi amalan mulia..
forever love :
Selamat menyambut bulan ramadhan, bulan mulia atiq.. :)
Hans :
berdendam boleh merosakan hati je.. baik kita,, saling memaafi
yad'z :
saya sokong kata2 awk itu.. ;)
bantalbucuk :
its ok la dear.. fatin pun dah lama xjenguk2 ecar.. tenet xbape nak ada la.. hehe
Post a Comment