Sunday, April 29, 2012

Hatiku bukan milikmu.

Hatiku bukan milikmu,
Aku kecewa dengan apa yg terjadi,
Setiap pengorbananku,,
Seperti tidak di hargai..
Aku tak mengharapkan apa2 dari mu,
cukup lah sekadar memberiku senyuman.

Hatiku bukan milikmu lagi,
Ketika ini,
Aku cuma inginkan,,
pengganti dirimu dgn segera,
Agar aku dapat pergi jauh darimu.
Agar hatiku tidak dilukai lagi.
Agar hidup ini bersinar kembali.
Aku tidak sanggup menerimamu,
Di dalam keterpaksaan..

Hatiku bukan milikmu,
Aku bukan boneka,
Untuk dipermain2kan,
Aku bukan robot yg boleh engkau kawal,
Aku hanyalah manusia biasa,
Yg punyai kehendak dan perasaan.

Aku tak mampu berbuat apa2,
Yang mampu hanyalah memendam rasa..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, April 27, 2012

Keberkatan Surah YASIN

Assalamualaikum
Salam Jumaat yang TERINDAH buat semua..

Di penghulu segala hari ini,, fatin nak share dengan korang tentang keberkatan surah YASIN.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud : 
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", 

antara keberkatanya ialah :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s. a. w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s. a. w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s. a. w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Wallahua'lam
Renung2kan dan Selamat Beramal
^_^



Thursday, April 26, 2012

Simple is Better

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers.

Masa untuk berubah,, harap kali ini perubahan ini akan berterusan. Bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam. See the title,, SIMPLE is BETTER. So, lihatlah perubahan template fatin, lebih simple dan lebih kemas. Iyo tak? Header pun dah bertukar baru. Kali ini hasil kerja tangan fatin sendiri. Header dulu kawan blogger fatin yang tolong buatkan.Header kali ini lebih kurang macam dulu, cuma gambar saja yang telah diubah 100%.. huhu..

Dengan perubahan kali ini,, fatin berharap agar fatin tidak meninggalkan BLOG kesayangan ni kesepian lagi. Banyak perkara yang telah terlepas dan tidak dapat diluahkan kat dalam perut BLOG ini. Banyak memori yang terkubur tanpa sebarang kata. Aku dah lah 'short term' punya orang,, kalau tak dicoretkan, pasti terlupa begitu saja.

Kehidupan fatin sekarang pun bertepatan dengan tajuk entry kali ini. Kehidupan yang Simple,, perkara yang sudah dilewati,, biarkan saja terlepas. Tapi,, hari-hari yang mendatang perlu ditempuhi dengan penuh semangat dan harus berusaha gigih untuk mendapatkan yang terbaek. Selagi apa yang di hajati belum tercapai,, aku tak boleh berganjak dari tempat sekarang. Setiap apa yang berlaku, hadapi dengan senyuman.

Latest : Jejaki Fraser Hill on 25/3/2012

Mood : Bermalasan ke meeting petang esok!!

Till Then
^_^