Saturday, May 24, 2014

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Tanggal 24 May 2013, Faten menamatkan zaman bujang bersama kekasih hati. Cewahh... Kira hari ini, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Memang Faten sengaja tak update blog selama setahun ini, almaklumlah baru kawen honeymoon sakan la..(kononnya) hehe.. Blog memang berhabuk gila, cuma IG masih bernyawa ;)

Rentetan perjalanan perhubungan Faten dengan incik suami sangatlah lama. Kami telah berkenal-kenal sejak tahun 2006. Mungkin pernah berpisah buat seketika, kemudian bersama kembali..hehe.. Adat bercintalah tue kan.. Pada tahun 2012 kami berdua pun telah menapak membina career,, tetiba je family incik suami datang masa raya. Time tu bermulalah prosses untuk menyatukan kami. Hujung tahun 2012 kami pun bertunang (8 Dec 2012). Kami bertunang pun tak ikat lama, dalam masa 5 bulan sahaja kami bertunang dan kemudiannya kami di ijab kabulkan. Makanya, Aku Terima Nikahnya. ^^

Dengan sekali lafaz sahaja, Faten telah sah menjadi isteri kepada incik suami Muhammad Hafiz Bakar. Alhamdulillah.. B, I hope our relationship will everlasting. I will try my best to be a good wife and mommy to our children. I love you from the earth to the moon and back.








Happy Together Forever
Till Then
^_^