Thursday, August 11, 2011

Kawan vs Sahabat

Assalamualaikum
Salam 11 Ramadhan

Bila sudah berjauhan dengan sahabat-sahabat masa belajar dulu. Rasa rindu semakin membuak-buak. Yelah 3 tahun bersama. Banyak perkara yang dilalui bersama. Suka, Duka, Tawa, Riang semua ada. Sekarang semua dah ada kehidupan masing-masing yang baru. Ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, ada yang sedang membina kerjaya, ada yang sedang mencari hala tuju dan bermacam-macam lagi. Setiap mereka, ada jalan yang tersendiri. Begitu juga Fatin.

Bila berjauhan dengan sahabat-sahabat lama,, muncul pula kawan baru. Biasalah, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi,, tak semua yang diganti itu sama dengan yang lama. Susah untuk mencari yang sama. Dalam 100, mungkin satu sahaja yang akan sama. Di sini, fatin cuma ingin menekankan bahawa, kawan semasa belajar, tak sama dengan waktu kerja sekarang. Siapa sokong dengan statement ni?..hehe

Kalau time belajar dulu,, banyak benda kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan. Biasanya, setiap satu persegi kita akan bercerita dengan kawan. Tapi, kawan di alam pekerjaan, tak semua kita boleh berkongsi bersama. Banyak hati yang perlu di jaga. Sukar untuk berterus terang. Kadang-kadang, memendam itu lebih baik dari meluahkan.

Bagi Fatin,, walau pun dah ada yang baru, Fatin tetap cari yang lama kerana merekalah yang lebih memahami. Setiap ape yang fatin lalui, mereka pasti akan cepat mengetahui. Mereka sangat superb!! Walau apa pun,, tak semua kawan baru tak boleh dijadikan sahabat, cuma ia masih baru. Banyak benda yang masih belum diketahui. Mungkin satu hari nanti persahabatan yang baik akan terjalin.


Sahabat = Sangat memahami
Kawan = hanya dikala suka

Till then
^_^


8 comments:

atiqsalleh said...

sebab kawan masa belajar ada sentiasa dengan kita 24jam/7/12 month

kalau kawan masa kerja.. hanya 8 jam sehari.. 5 kali seminggu..

aja said...

eh awk..ade pic kter org..tacing la...imy..;'(

ERMA MAZNI said...

semua cun :)

Unknown said...

kirim salam kat yang single2 yer..haha

bantalbucuk said...

kalau kita sahabat ke kawan fatin ek..? hehe ^_^

GR said...

ya, kawan masa belajar merupakan kawan yang sangat sukar dicari.

dah 5 tahun kitorang berkawan, ukhwah yang ada bukan calang2 eratnya :)

Anastasia said...

kawan itu cermin diri kita. :)

- abdul hadi abdul muti - said...

tiba-tiba teringat lagu padi, sahabat selamanya. huhu