Thursday, August 25, 2011

Mission completed : Cornflakes Chocolate done

Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers!!

Hai korang!! Ok,, Semalam mood raya dah datang kat fatin.. So dengan bersemangat raya nya,, balik kerja semalam,, fatin terus pergi membeli barang2 untuk buat kuih raya paling SIMPLE, MUDAH, dan CEPAT.. Maka,, selepas merehatkan diri setelah lelah bekerja seharian, fatin pun start lah buat kuih Cornflakes Chocolate. Dan hasilnya adalah seperti di bawah. 

Tadaa ;)
So,, korang nak tahu resipi dia tak?..If nak,,

Lets check it out ;

Bahan-bahan :
300g Cornflakes
3 bar Cooking Chocolate
2 sudu Butter
2 sudu gula
2 sudu Serbuk Koko

Cara-cara :
1. Panaskan Butter bersama gula. 
2. Then cairkan coklat. Untuk mencairkan bahan2 ini, gunakan kaedah double boiling.
3. Setelah semuanya mencair, tambahkan serbuk Koko.
4. Kemudian, padam api dan masukan cornflakes ke dalam coklat cair tadi. Gaulkan sehingga semua cornflakes bersalut coklat.
5. Masukan ke dalam acuan. Untuk lebih cantik, taburkan gula urai warna-warni di atasnya.
6. Biarkan coklat mengeras. Dan sedia untuk di makan.

Okey,, itu sahaja dari fatin. Senangkan? Selamat mencuba.. ;)

Duration : 1 hr 20 min
Till then
^_^