Wednesday, April 3, 2013

Sabah Trip Part 1

Assalamalaikum
Selamat Sejahtera semua.

Pada hujung bulan Febuari hari tu, Fatin ada trip ke Sabah. So, itu lah pertama kali dalam hidup naik burung besi. huhu.. Trip tu dah lama kami rancang, dan makanya terialisasilah juga impian kami nak bercuti ke seberang laut. Majoriti kami yang pergi ini, tak pernah langsung naik burung besi. hehe.. Jakun pun adalah juga. Macam2 gak perkara lucu yang kami hadapi masa di Airport.. Apa2 pun pengalaman itu banyak mengajar kami.. Lepas ni,, kalau naik kapal terbang lagi komfem dah terrer. hehe.. *berangan

Entri kali ini fatin just nak share dengan korang pasal tempat2 yang menarik dan perlu di kujungi di Sabah. Ekceli, fatin pun tak sempat pergi ke semua tempat yang ada kat Sabah tu. Insyaallah akan menjejakan kaki ke sana lagi.

Pertama sekali tempat yang wajib dikunjungi di Sabah ialah Pasar Philippines dan Pasar Malam KK. Ia terletak betul-betul di tengah2 Bandar KK. Setiap malam pasti di penuhi dengan orang2 yang bercuti di sana. Selama percutian fatin 4hari 3malam di sana. Nak dikatakan setiap malamlah kami cuci mata di sana.. huhu..  Di situ terdapat pelbagai jenis mutiara, cenderahati, rumpai laut asli, ikan kering dan pelbagai lagilah. Kat situ juga banyak kedai-kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan terutamanya ikan bakar. Kalau dah makan ikan bakar tu, jangan lupa order kerabu rumpai laut sekali. Pergghhh.. Sedap gila kot..huhu

Pasar Filipine
Macam2 barang jual di sini.. Dari barang basah,, hinggalah barang kering..

Hidangan makan laut yang siap di masak. Pilih2 yang mana berkenan..huhu
Yang sayur hijau2 tue la KERABU RUMPAI LAUT.. SEDAPPP..

Second day of our journey,, kami pergi ke Ranau. On the way ke Ranau kami singgah di kaki Bukit Gunung Kota Kinabalu dan lalu juga di Kudasang. Sangat fresh udara di kawasan sana. Dingin sungguh kot. Disebabkan kami semua 1st time menjejak kaki di sana, menggigi2 lah kami, coz tak bawa sweater.. hoho.. Selepas merentasi KK Park dan Kundasang, akhirnya kami sampai lah ke Ranau. Kat Ranau ni ada Poring Hot Spring dan Titian Gantung. Bersemangat kaki melawan gayat untuk sampai ke hujung titian gantung.huhu.. Jom muntah tengok the pictures. 

The SEJUK time.

Kundasang Street.


Yeay!!! We reached Poring, Ranau after 4 hours journey from KK

Berehat legakan kaki dengan merendam kaki dalam Hot Water.

Then, we continue our journey to climb Conopy Walkway

Sempat bergambar dengan pelancong dari China.
Actually, they request 1st.. (bajet retis..hahaha..;p )

Pondok Manggas Titian Gantung

Bergambar untuk hilangkan gayat. hehe

Selepas sampai di hujung titian sudah hampir senja. Kaki pun dah penat, kami bergegas pulang ke KK. Kena balik cepat ke KK coz sepanjang jalan dari Ranau ke KK hutan-hutan sahaja.. Bila malam mesti Scary..huhu.. End of 2nd day story. Sangat penat tapi menyeronokkan.  TO BE CONTINUE...



3 comments:

sufyan sXe said...

oh, hye!

Unknown said...

site link high end replica bags my review here high quality replica bags read best replica bags

Unknown said...

replica bags blog go to website w1a83k9e24 replica bags in pakistan replica bags aaa replica gucci handbags v8u17l6z07 replica bags canada replica bags and shoes helpful site s6v55t1h57 replica bags lv