Wednesday, April 17, 2013

Sabah Trip Part 2

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hye sume,, Entry kali moh lah dengar cerita Fatin gi Sabah yang dah basi.. hehe.. Even sudah lama pun cerita ini,, Fatin masih lagi mahu mencoret dalam blog Fatin yang comot ini sebagai kenangan di hari mendatang. ^^

On the nite of 2nd day,, sebelum pulang berehat di apartment kami singgah sebantar di rumah terbalik. Rumah terbalik ini adalah sebuah muzium. Ia dibina adalah untuk menarik pelancong menghayati keunikan sebuah rumah yang terbalik. Semua barang yang berada di dalam rumah ini terbalik. It was nice to see.


The Upsite Down House of Borneo

On the 3rd day,, kami menghabiskan masa bersnokerling di pulau-pulau yang menarik di Sabah.. Ini adalah kali pertama Fatin bersnokerling,, sangat teruja kot.. Best sangat.. Dapat melihat dasar laut yang dipenuhi dengan terumbu karang dan ikan-ikan yang comel. 





Di Sabah ni,, terdapat 4 pulau yang menarik.. Setiap pulau-pulau itu terdapat keindahan dan keunikan tersendiri. Antara pulau-pulau yang terdapat di Sabah ialah Pulau Manukan, Pulau Gaia, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Pulau yang paling best belajar berenang ialah Pulau Sapi, ikan kat sana pun banyak. Pulau yang mempunyai banyak terumbu karang ialah Pulau Mamutik. So, dekat Pulau Mamutik ni, kita kene berenang dan terapung sahaja di atas air, kalau tidak sakit lah kaki terpaksa memijak terumbu-terumbu karang.. huhu.. Pulau Manukan pula sesuai untuk sesiapa yang ingin bermalam kerana di sana terdapat Chalet2 yang cantik di pinggiran pantai. 

So,, kat sini Fatin nak nasihatkan korang kalau nak pilih bot tue,, pilih lah pakcik yang boleh kautim harga,, so boleh la dapat murah dan merasa keunikan perbezaan di ke empat2 pulau.. hehe.. Siap boleh meronda2 di perkampungan air lagi.. ^^

Ronda - ronda di Perkampungan Air Gaia dengan bot

Menurut pakcik pembawa bot, majoriti penduduk di perkampungan ini adalah Islam.

Ini adalah Jetty Jesselton,, reka bentuk jeti ini sangat klasik dan cantik. Kalau ada banyak masa,, komfem dah dok lepak di sini lama2 berposing2.. huhu..


Dan pada hari terakhir kami di sini,, kami pergi ke Pantai Pertama dan Masjid terapung Kota Kinabalu. Dan singgah makan lokan bakar yang sedap. ^^

Pantai Pertama yang sangat bersih.


Pic yang atas belah kiri itu lah Lokan Bakar dan yang belah kanan pula adalah Kelapa Bakar. Beza antara kelapa bakar dan kelapa biasa ialah, yang bakar airnya panas yang biasa airnya sejuk.. hehe..

Inilah Masjid Terapung Kota Kinabalu,, sangat tersergam indah.

Masa odw nak balik,, terserempak pula dengan aunty2 and uncle2 dari Korea. Then,, mereka terus menarik kami untuk bergambar bersama mereka. They said we are cute.. Perasan sudah..huhu.. ;p

Sampai sini sahajalah kisah percutian Fatin di Sabah,, sangat menyeronokkan bagi kami. Mungkin denagn perkongsian penulisan percutian yang tak seberapa ini sangat berguna untuk mereka yang ingin atau merancang untuk bercuti di Sabah. Plan your time very well there,, so many place you can go. ^^

Till then
Enjoy reading 
#Needholidaysomemore



1 comment:

Unknown said...

site officiel sacs de créateurs de répliques consultez le message ici sacs de répliques en ligne à partir de cette source dolabuy.su