Wednesday, April 24, 2013

Bakal Pengantin Checklist

Assalamualaikum


Hye awak-awak.. Erm... Pejam celik.. Pejam Celik.. Dah tinggal sebulan je lagi majlis kami.. Debarannya semakin terasa.. Alhamdulillah hampir kesemua persiapan hampir siap. Tinggal ingin mengedarkan kad jemputan sahaja.. So,, Entry kali ini Fatin cuma ingin kongsikan serba sedikit checklist yang penting bagi bakal-bakal pengantin. Lets check it out.. ^^

PERSEDIAAN SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. Seronok tau ke kursus kahwen ni.. ^^
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. Bila dah tau date, kena cepat2 booked! Takut ramai pula orang nak bernikah pada hari yg sama.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. Ini pun kena tempah awal. Korong servey2 first,, dah berpuas hati teruslah lock date dgn photographer.
• Menempah mak andam, pelamin, baju majlis persandingan. Tak sabar nak tengok baju pengantin saya..
• Membeli cincin kahwin. Ini ikut suke awak-awak lah.. Terserah pada diri masing2 kalau nak barang lain utk majlis batal air sembahyang pun boleh.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan. Done
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput Bila dah disenaraikan, ramai pula yg perlu dijemput ;)
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ. Kita masih mencari lagi.. Any suggestion?
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut. Yeay!! Akan dibuat nanti sebab termasuk dalam package makandam.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. Tak tahu lagi nak pergi mana. Cuti pun tak banyak ni. -_-'
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
•  Mengedarkan kad jemputan
•  Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Bagi pengantin perempuan: 
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti). 


TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran. 
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi pengantin lelaki
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan. 

Bagi pengantin perempuan
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki) 


PADA HARI PERNIKAHAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul. 

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda. 
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai. 
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan. 
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain. 


PADA HARI PERKAHWINAN: 

Bagi pengantin lelaki dan perempuan
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan 
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung 

Bagi pengantin perempuan
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

So,, sampai sini sahaja
harap checklist ni,, bergunalah untuk bride to be..
Till then
^^


3 comments:

Anonymous said...

wa paten.. byk nyer check list nak kawen..haha..
berdebar x?hehe ;p

mEA :)) said...

wahhh.. byk ag sy kena buat ni :)
go go..hehe

kite dah follow awak.. follow kita semula kat meafacundos.blogspot.com ye.. best baca blog ni..tq :))

Paklukasdi Hongkong said...

SAYA PAK LUKAS DARI HONGKONG Syukur Alhamdulillah di tahun ini Saya mendapatkan Rezeki yg berlimpah sebab sudah hampir 10 Tahun Saya bekerja di (HONGKONG) tdk pernah menikmati hasil jeripaya saya karna Hutang keluarga Sangatlah banyak namun Akhirnya, saya bisa terlepas dari masalah Hutang Baik di bank maupun sama Majikan saya di Tahun yg penuh berkah ini,
Dan sekarang saya bisa pulang ke Indonesia dgn membawakan Modal buat Keluarga supaya usaha kami bisa di lanjutkan lagi,dan tak lupa saya ucapkan Terimah kasih banyak kepada AKI DARMO karna Beliaulah yg tlah memberikan bantuan kepada kami melalui bantuan Nomor Togel jadi sayapun berhasil menang di pemasangan Nomor di HONGKONG dan menang banyak
Jadi,Bagi Teman yg ada di group ini yg mempunyai masalah silahkan minta bantuan Sama AKI DARMO dgn cara TLFN di Nomor ;[082-310-142-255] percaya ataupun tdk itu tergantung sama anda Namun inilah kisa nyata saya-ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, AKI DARMO… >>> KLIK DISINI ANGKA TEMBUS 2D,3D,4D,5D,6D,7D,9D-<<<<