Saturday, May 21, 2011

Jauh itu hanya sekadar JARAK

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Siapa kat sini sedang bercinta jarak jauh?.. Cinta begini sangat extream kot..hoho.. Apa perasaan korang bila bercinta jauh-jauh ni. Adakah korang rasa cinta korang tergugat?.. Tak perlulah rasa begitu. Jauh itu hanya sekadar JARAK.. Kalau betul DIA adalah jodoh korang. Usah GENTAR!!. Jodoh tak akan lari ke mana. Jika DIA bukan jodoh korang. Redha sajalah. Mungkin ada yang lagi baik tercipta untuk korang.

Kat sini fatin nak sharelah sedikit tips yang boleh kekalkan kehangatan cinta jarak jauh ni..huhu.. bajet macam Dr.Cinta pula fatin nie..hoho..

Firstly,, yang sangat penting adalah kepercayaan..
Korang kena tanamkan sikap percaya dan mempercayai antara satu sama lain.
Keduanya,, korang perlulah saling berhubung..
Paling koman pun,, 1 hari 1 message pun jadilah..
Sekadar memberitahu khabar berita.. Tak adalah korang rasa risau2 selalu..
Ketiga,, korang mestilah setia
Janganlah main kayu tiga pula kat belakang..hoho
Tak baik tau memainkan perasaan orang..
Keempat,, jangan terlalu mengongkong
Beri kebebasan kepada pasangan anda..
Tapi bila si DIA dah beri kebebesan,, korang jangan pula salah gunakannya..
Lastly,, cari masa untuk berjumpa..
Kalau dah jauh tu,, sure ada terselit perasaan rindukan..
Jgn biarkan rindu itu memusnahkan perhubungan anda.
So,, carilah masa untuk berjumpa seketika.

Cukuplah 5 tips dari fatin. Yang lain2,, korang fikirlah sendiri.. hoho.. Akhir kata,, Jodoh dan Pertemuan itu di tangan tuhan. Kalau dah tiada jodoh,, korang bercinta macam mana pun.. Ia tetap tak akan menjadi. Renung-renungkan.. 

One more thing,, dun forget to wish her/his bezday..
If beri hadiah lagi BESH..hoho..


Love..Love..Love
Till Then,,
^_^



Wednesday, May 18, 2011

Kenapalah SUSAH sangat

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers

Alhamdulillah.. Presentation hari tue berjalan dengan lancar. Even pagi tue fatin terlambat bangun. So, terpaksalah drive dengan sangat 'SLOW'..huhu.. Nasib baik selamat sampai di fakulti. Sepatutnya, fatin presenter pertama,, tapi disebabkan kelewatan. Fatin menjadi presenter yang ke-3. Nasib baik ketua panel tak disqualified fatin. Kalau tidak,, hancur musnahlah my future..huhu.. Terima Kasih KETUA PANEL!!

Sekarang ini, fatin still lagi di Shah Alam. Menunggu kelulusan dari Project Coordinator approve my FYP report untuk di hardbound. Aduh, kenapalah susah sangat nak approve ya. Tekanan je rasa selagi report ni tak dihantar. Tak kan nak duduk Shah Alam ni lama-lama. BOSAN nya!!!



Moral of the story : 
korang jang tidur lewat if nak bangun pagi-pagi. 
Tak pun, korang tak payah tidurlah malam tue. 
So, tak adalah korang overslept. huhu.




Mood : Stress
Till then,
-_-'




Monday, May 16, 2011

Perempuan pun BOLEH

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Korang apa khabar?
Harap sihat-sihat hendaknya.
Alhamdulillah.. Pada 11 May 2011
Fatin dah selamat merempit dari Shah Alam ke Melaka..
Ingat lelaki je ke boleh? Perempuan pun boleh..
Zaman sekarang ni,, tiada yang mustahil..
Terima Kasih kepada myMUM
yang telah menfollow anak dara dia yang sorang ni..
Sayang MAK sangat-sangat.
Dah sensorang kenalah kuatkan semangat je.
I must to be independent!!
Esok pagi2 nak drive ke Shah Alam pula.
Tapi sekarang dah pukul 2.00 am tak tido lagi..
Kenapalah mata ni tak ngantok lagi ek..aishh..
Neves nak presentation esok kot.
Hope semuanya berjalan dengan lancar.


Mencuba sesuatu yang baru sangat BEST..
Till then,,
^_^

Wednesday, May 11, 2011

Eight itu LAPAN

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hari ini,, fatin macam rajinlah pula nak update blog dua kalikan. Nak kes nak lepas gian sebab dah lama tak update bloglah tu. HAHA.. Malam ni just nak buat entry ucapan penghargaan buat MYCANDIES yang ke-888 (Lapan, Eight, Ba : Lapan = Bahasa Melayu, Eight = English, Ba = Mandarin. ) cantik nombor ni,, fatin suka.. ^_^


Teng buat farra_yien sebab sudi jadi follower blog comot ni. Fatin tahu blog fatin tak hebat. tengok komen pun sure korang dah tahukan,, tapi korang stil follow juga. TERIMA KASIH korang!! sebab tue lah fatin sangat hargai korang-korang yang sudi menjadi MYCANDIES. Korang memang sangat sweet macam gula-gula lah.. hehe..



luv myCANDIES
Dari 100 ke 888 hampir setahun kot..
Saya tak hebat..hoho..
till then,,
^_^



note : Shah Alam - Melaka.. Mampukah aku lakukan? 

Tuesday, May 10, 2011

Ini yang TERAKHIR

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Lama tak berupdate myLOVELY blog yang comot-comot ni. Maaflah kepada sesiapa yang merindui blog fatin ni. Bajet macam ada je yg rindu-rinduan kat blog comot ni. HAHA. Actually semester ini sangat2 busy kot, dengan nak buat FYP nya, dengan nak test-test nya, dengan nak buat report-report nya. Arghh.. agak tekananlah juga. Nasib baik tak GILA. haha.

Dan di sini,, fatin nak mengumumkan di mana, SEMALAM adalah hari terakhir fatin EXAM. yahooo!!! Akhirnya tamat sudah kesengsaraan belajar. Sengsara ke? Teeeetttttttttttt.. huhu. Hope semalam adalah hari terakhir fatin menjawab peperiksaan dan berharap juga yang fatin akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang terakhir ni. Lepas ni bolehlah update entry hari-hari.. dapatlah up kan traffic balik.. yeay!!!

Korang-korang yang telah men'wish' GOOD LUCK kepada fatin. Fatin ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Really appreciate it. Tak lupa juga kepada yang mendoakan kejayaan fatin. TQVM ya. Jasa korang,, hanya ALLAH yang mampu membalas.

Sebelum last,, Fatin nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan BS.Applied Chemistry yang telah bersama-sama selama 3 tahun mengharungi kehidupan di kampus ni. Banyak pengalaman pahit manis kita harungi bersama. Selepas ini, kita akan membawa haluan masing-masing, hope korang tidak melupakan kenangan kita bersama tau. Tengs so much for being myfrenz. If selama ini, aku ada tersakitkan hati korang, aku ingin memohon maaf dari hujung selendang sampai hujung wadges. Aku hanya insan biasa yang tidak lekang dari terbuat salah. I'm not a perfect girl. I know sometime I didn't mean anything to u all. but just remember one thing.  I really LOVE korang!! *sedih dah ni..:( 



layan perasaan,,
till then,
=.='

note : Esok nak merempit jauh. hope selamat hendaknya. nevesnya!!


Saturday, May 7, 2011

Saya sayang DIA

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera to all myLOVELY readers..

Pstt..psttt.. Korang..Korang.!! Meh fatin nak ingatkan korang sikit ni. Weekend ni penting untuk DIA tau. Korang jangan buat-buat lupa pula ye. Mungkin DIA sedang menunggu seungkap ucapan dari korang. Kesian DIA tertunggu.-tunggu. Jangan buat DIA sedih tau. Kalau fatin la kan,, fatin tak sanggup tengok DIA sedih. Bila terbuat DIA sedih,, komfem fatin akan rasa bersalah sangat. Aku hanya insan biasa tidak terlepas dari terbuat salah. Owh.. maafkan la diri ini wahai kesayangan hamba.

So di kesempatan ini,, fatin ingin mengucapkan :

'SELAMAT HARI IBU
kepada semua IBU-IBU di dunia ini.
Tanpa kalian,, tiadalah para cendiakawan
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang doktor
Tanpa kalia,, tidak lahirlah seorang engineer
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang guru
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang pakar agama
Tanpa kalian,, tidak lahirlah seorang insan yang bernama ANAK!!
Terima Kasih wahai ibu-ibu'

Maka,, jadilah anak yang berjasa kepada kedua orang tua.
Hargailah mereka selagi hayatnya..
Sayangilah mereka sesungguhnya..
Sedekahkanlah ayat al-Quran sekiranya DIA sudah tiada..



Till then,,
^_^


note : 1 paper to go.. Go Fatin Go!!!

Tuesday, May 3, 2011

Blogger kawin bloggist

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLovely readers!!

Semalam bersamaan 2 May 2011,
Sama cantik, sama padan bagai pinang dibelah dua mereka ini

Selamat Pengantin Baru kepada BLOGGERS Ujang & Kak Yana
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Majlis perkahwinan BLOGGERS la kata kan..
So,, blogger-blogger pun di jemputlah.
Dah macam Gathering Bloggers pula kat majlis Ujang & Kak Yana ni..huhu

Picha from Miss Trex


 Fatin pergi gathering bersama mereka..
tapi tak termasuk Trex yang kat belakang tu.
Kak Chik Ella sebagai penjaga kami. huhu..
Tengs la kak cik coz sudi tumpangkan KAMI (Fatin, Atiq, Ina)


Enjoy that day..
Till then
^_^


note : 3 paper to go. Need to Study Hard!!!Go Fatin GO!!