Tuesday, March 1, 2011

Betulkah DIA untukku?

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers


Hari ni, fatin just nak share dengan u'ols tentang hati dan perasaan. Korang dah lama berCINTA x? korang yakin ke dia untuk korang? So HERE,, some TIPS untuk korang jadikan panduan supaya korang tidak tersalah pilih dalam mencari pasangan hidup..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.

3.Terima kita seadanya

Dia perlu menerima kita seadanya tanpa compare2 dengan yang lain. walaupun dia mengetahui kisah silam kita, dia tidak kisah mengenainya.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

5.Percaya Mempercayai

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Thats all
Till then
^_^

29 comments:

Unknown said...

tips mencari cinta...nice

forever love said...

wow! hari nie akk atq jadi doktor cinta la..hihi

ok..nom 6 xde..pttla xde jodoh...opsss...lpe jodoh ditangan tuhan

ejulz said...

wpun banyk tips yg diberi tapi susah cari yg perfect.. heHe

Jangan lupe singgah n komen k.. :)

New Entry "Suami penyayang.. "

farhana sahri said...

huhu...tp pas kawin tu yg takut..hehee

Elyzatul Nastaysah said...

hehe..sye ykin die adalah yg terbaek tok sye. thnx aten sygs. bg tips dr.cinta;p

noa said...

hai DR.CINTA ^_^

adilah said...

good tips...yakin jodoh itu yang terbaik terima baik buruk kerana tiada manusia yag perfect..

Faten Rosli said...

edy : ehem..ehem.. dah ada calon x?.. nnt bleh apply tips ni..huhu..;p

Faten Rosli said...

forever love : sesekali apa salahnya jadi DR.LOVE.. hahaha..;p

Faten Rosli said...

ejulz : dlm dunia,, xde pun sesiapa yg perfect.. sbb tue lah kita kena terima kekurangan pasangan kita.. :)

p/s : tak boleh nak masuk bolg kamu la..nape ek?

Faten Rosli said...

farhana sahri : tu la pasal.. hope kita dpt pasangan yg tak berlakon masa bercinta ni..huhu.. ^_^

Faten Rosli said...

elyzatul : hehehe.. hope mcm tue la alice.. semoga kamu kekal dgn dia.. :)

Faten Rosli said...

nora : Dr.CINTA kah?..hahahah..

p/s : ke mana menghilang?

Faten Rosli said...

nadilah : yeah.. u r rite.. xde manusia yg perfect.. ^_^

bantalbucuk said...

thanks fatin for the tips..! :D

forever love said...

hahaha..xpe..pe salahnya...kan akk dah merasa..

nazirulhazwan~ said...

kompem2, sohih si elfira loy tu pasangan gua.hehe

Raji and Yeen said...

hurm agk2 ada tak bnder tuh dlm diri aku ;P
yg last tuh setuju~ xD

Noor Fatin said...

mintak2 la xjumpa dgn org yg salah..amin..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhh macam dalam ceriterr movie hindustan " 30 hari mencari cinta" aku hanya pasrahhhh dengan ketentuan .....

Bulan Purnama said...

tips yg sngt berguna :)

Faten Rosli said...

bantalbucuk : welkem dear.. :)

Faten Rosli said...

forever love : huhuhu..tetttss..hope itu pilihan yg tepat.. :)

Faten Rosli said...

nazirulhazwan : ehh.. yeke?.. tetttt..;p

Faten Rosli said...

noor fatin : amin.. semoga kamu dpt pasangan yg tepat.. :)

Faten Rosli said...

Afzainizam : xleh la pasrah sangat.. kena berusaha juga utk dpt yg terbaek.. :)

Faten Rosli said...

raji : cuba selidik balik.. kamu ada tak ciri2 mcm ni bila bersama pasangan kamu..huhu.. :)

Faten Rosli said...

Belog Bulan Purnama : tengs.. sharing is caring.. :)

forever love said...

amin ya rabb