Thursday, March 3, 2011

Khas buat KEKASIH gelapku

Assalamualaikum
selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hari nie,, dah 3 Mac 2011. Wahh... Sekejapnya waktu berlalu.. Tanggal 2 Mac 1990 dia pergi membiarkan aku dan emak mengharungi liku-liku hidup berdua. Sedar tak sedar,, sudah 21 tahun dia pergi meninggalkan kami.. 

Kadang-kala,, aku terfikir adakah ini semuanya dugaan dan rintangan yang perlu aku lalui.. Kenapa di kala aku baru mengenal dunia, aku perlu hidup tanpa tunjuk ajar dari dia. Kenapa aku tidak dapat merasa kehangatan pelukan dari dia di kala aku kesedihan? Kadang-kadang aku ingin juga merasa marah tanda sayang dari dia seperti mana kawan2 ku lalui. Owh.. Aku jeles dengan kawan-kawanku yang bahagia bersama.

Ohh.. hati ku sangat rapuh. Walaupun usia telah meningkat dewasa. Aku tidak mampu berubah dengan satu perasaan ini. Perasaan SEDIH yang teramat sangat bila mengenangkan dia. Bila orang bertanya pasal dia. Aku sedih!! Teringat lagi di waktu sekolah,, ketika kita perlu memperkenalkan diri kepada kelas. Owh.. aku selalu tewas di situ bila guru bertanyakan pasal dia. Aku pasti menjawab dalam keadaan sebak.

Aku anak yang tidak mengenali dia. Aku pernah juga ingin bertanya itu dan ini pasal dia daripada mak. Tapi,, aku takut.. Aku takut mak terluka. Kadang-kadang aku merasakan,, aku ini sangat kejam kerna membiarkan emak hidup sendirian. tapi.. aku tidak mampu menerima yang lain.. Dari kecil lagi aku telah menjadi seorang yang sangat cepat tersentuh,, mudah simpati. Aku selalu memikirkan kehidupan ini sama dalam drama-drama melayu di TV yang mengisahkan bapa tiri sangat kejam. Di sebabkan itu membuatkan aku menjadi kejam terhadap mak ku.. owh..kejam nye aku ini.

Tapi,, salah ke apa yang aku lakukan ini?.. aku cuma ingin mempertahankan hak ku.. Aku tak nak jadi mangsa dera. Itu sahaja yang aku fikirkan di zaman kanak-kanakku bila bercakap mengenai mak inginkan penggati dia. Aku juga takut,, kasih sayang mak terhadap aku akan berkurang. Aku tak sanggup berkongsi kasih..Arghh.. aku sangat pentingkan diri di situ.
Di kala usiaku melonjak dewasa,, baru aku sedar akan ke khilafan ku.. Aku rasa bersalah terhadap mak. Pabila aku bertanya kepada mak tentang hati dan perasaan nya,, mujurlah mak berkata memang tidak berkehendakan mencari penganti dia. Aku dapat rasakan yang mak masih lagi kuat mencintai dia. Mak hanya ingin membesarkan aku dengan sempurna  menjadi insan berjaya seperti janjinya terhadap dia.

Aku merasakan,, mak tidak tewas di situ. Terima kasih mak kerna mebesarkan dan mendidik aten dengan penuh kasih sayang yang sempurna. Aku juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendukung ku agar tidak berhenti dalam perjuanganku. Aku sayang mak,, Aku sayang dia.. Ayah,, maafkan aten jika diri ini tidak mampu untuk membahagiakan mak.

Aten berdoa agar roh ayah sentiasa di cucuri rahmat. Al-Fatihah..
 

25 comments:

bantalbucuk said...

al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat & bahagia di alam sana..amiinn..~

Raji and Yeen said...

urm arituh masa kem fasilitator ktorg pun ad bncang psl bnder nih
sebab kawan ktorg tuh ayahnya sudah tiada so fasi tu tnyer kt dia npe xsuh mak dia cari penggnti..
reason der sbb mak dia xnak

tapi setakat mana yg kita tahu perasaan ibu kita, kita mngkin cuma kehilangan seorang ayah tapi mereka kehilangan seorang teman seorang rakan seorang penyeri yg sentiasa berada di sisi mereka...
sedih2 T.T

Faten Rosli said...

bantalbucuk : amin..fatin pun berharap begitu..

Faten Rosli said...

Raji : ape yg kamu ckp tu betul la.. kesian mak saya.. dia tabah hadapi dugaan yg begitu besar.. klu lah fatin yg hadapi ini,, tak tahulah mampu ke tak.. T_T

Unknown said...

alfatihah untuk arwah..:(

forever love said...

al fatihah utk ayah akk..semoga dia aman disana..

xpe kak...mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku..akk jangan sakitkan ati mak akk..always try gembirakan hati die....

akk satu2 nya permata yang dia ada..so akk kene berusaha untuk menjadi seorang yang sangat barjaya untuk masa hadapan k..

don't be sad.. la tahzan my sis...be strong ya

Faten Rosli said...

edy : amin..T_T

Faten Rosli said...

forever love : tengs.. i'm strong enough rite now.. :)

forever love said...

bgs!..cmtue la yg atq nk..cmtue la sis atq nie

khaizarien said...

nasib kita same. genap 21 tahun tahun nie.,... die pergi selama2nye.... rindu untuk mendengar tunjuk ajar die... cemburu dengan mereka yang membesar bersamanya....

al-fatihah

Achu said...

al-Fatihah utk arwah...
mak aten kuat, jadi aten kene lagi kuat syg...^^.

Admin said...

Salam.
AlFatihah buat arwah ayah. Dan tahniah kerana anda punyai ibu yang sentiasa menyanyangi. Bukan senang nak menjadi anak yang baik.

http://hasrulhassan.blogspot.com

PzY said...

Sori..Walaupun Sekuliah but pzy xtau...Papepun hope fatin n mum tabah menghadapi hari2 mendatang....
Al-fatihah jugak kat arwah ayah fatin..if ade pape kat kelas yg pzy leh tlg..juz said it.....hope leh membantu......

mrs kayrul said...

al-fatihah untuk ayah faten...harap fatin terus tabah dalam hidup dan sentiasa menggembirakan ibu...

noa said...

semoga fatin akan sentiasa menjadi teman yg akan membahagiakan ibu fatin

KNS said...

al-fatihah..
Allah lebih sayang akan arwah..
moge ditemptkn dlm kalangn org2 beriman..amiin

Faten Rosli said...

khaizarien : takziah buat kak rien juga.. semoga roh ayah akak di tempatkan dlm kalangan org beriman..

Faten Rosli said...

Achu : tengs.. i'll try my best..

Faten Rosli said...

hasrul hassan : betul tue.. bkn senang nak jd anak yg terbaek..aishh..

Faten Rosli said...

PzY : hahaha..perkara kecik je babe.. nway,, tengs ya..

Faten Rosli said...

shah-kayrul : i hope so.. amin..

Faten Rosli said...

nora : insyaallah..amin

Faten Rosli said...

nasuha salleh : betul 2.. skrg fatin kena redha dgn ketentuannya..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. kerana ade masalah pada laptop aku..baru hantar repair lerr...

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

wanie m'nJ said...

sama la...Bapak sya dah tinggalkan sAYA sefamili time saya 4 tahun..skrg saya 19 thn..so,15 thn dia gi...al fatihah..