Saturday, March 26, 2011

KEMATANGAN itu perlu ke

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!!

Hye korang!! agak lama juga fatin tak update blog kesayangan ni kan.. Erm...ada yang merindui diri ini tak?(of course lah tiada)..huhu.. Neway,, minggu ini.. fatin sangat sibuk kot.. Assignment banyak nak kena hantar. Report FYP dah kena start buat.. Test pun banyak.. Dan yang paling best,,, fatin ada test di HARI KELAHIRAN fatin.. so,, no enjoy-enjoy on that day.. tumpuan adalah terletak pada buku sahaja.. HARAP MAKLUM


BTW,, tengs to mybeloved mum, dear, mylovely kazen2 and all myfrenz (sama ada rakan di alam nyata or rakan maya) yang telah sudi meng'WISH' pada hari ulangtahun saya pada 24 March lepas.. Sangat-sangat hargai.. Dengan ucapan selamat sahaja telah membuatkan fatin gembira. Tidak perlulah hadiah yang besar-besar,, surprise party or whatever la.. tapi,,, if nak buat juga.. Fatin tak kesah,, lagi bertambah suka...huhu.. Terima kasih juga kepada AIM & MIA kerna telah menyelitkan ucapan selamat hari jadi di entry beliau.. sangat terharu kot..^_^

Tahun lepas,, fatin dapat KEY of FREEDOM.. tahun ni dapat ape pula ye bila umur dah 22?.. Siapa tahu..huhu.. Umur saban tahun bertambah,, tak pernah berkurang.. so dengan peningkatan umur ni,, perlu ke kita jadi lebih matang? MATANG itu perlu ke?.. Kita kena matang dari segi apa sebenarnya untuk seiring dengan umur kita ni?..Kadang2 selalu terfikir di benak fikiran ini,, adakah aku telah cukup MATANG?

Special tengs buat Azizah adnan selaku editor kad chumel ini..
Terima Kasih juga kepada kawan2 yang WISH di KAD CHUMEL ini.

I'm 22 now,, MATURED tak??.. huhu
Till Then,,
^_^


Monday, March 21, 2011

Hangout : HOT BALLOON

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hye korang.. Happy Monday.. Mulakan minggu baru dengan semangat ya.. Janganlah awal2 minggu dah lemau2 ye.. tak bagus tue..huhu.. Chill beb!!

Hari ni,, fatin just nak share dengan korang tentang kegembiraan fatin pada hari semalam.. Kegembiraan bersama rakan-rakan yang tercinta..huhu.. memang HAPPENING habes la.. Gelak2 sakan bersama,, bergambar2 kenangan bersama di HOT BALLON Putrajaya.. 


Tapi yang sedihnya,, masa kitorang sampai around 9.00am,, tiket nak naek HOT BALLON dah habes.. (sangat awal dah habes kot.. pukul berapalah orang2 itu sampai..grrr.. )Terkilan juga kami sebab tak dapat merasa naik benda besar tue.. -_-'

So,, jom layan antara picha2 menarik dan terbaik dari kami.. ^_^





Cukuplah ini dulu..
Have a nice day..
Till then
^_^


Friday, March 18, 2011

Bermalam di katil seorang LELAKI

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..


Ekceli,,entry kali ini fatin nak share dengan u'ols tentang sebuah kisah yang boleh menjadi panduan kepada kita semua. Fatin amek cerita ini dari FB. Hope zaman sekarang pun masih ada lah lelaki seperti ini.


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal… Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi… Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat. Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


Sama-samalah kita berfikir ke arah kebaikan,,
Sharing is Caring
Till Then
^_^


Thursday, March 17, 2011

GLOMOUROUS Night

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Kali ni,, fatin nak cerita pasal my last dinner with my coursemate. Overall of this dinner is good. Tahniah kepada junior yang telah mengaturkan dinner yang HEBAT untuk Senior2.. (bajet macam besar je sebut senior tue..hahaha)

Maklumat dinner adalah seperti berikut : (ayat skema ya..huhu..)
Date : 13 March 2011
Time : 8.30 - 11.00 PM
Place : Carlton Holiday Hotel, Shah Alam

So,, in this entry,, fatin just nak memahatkan sweet memories fatin with mycoursemate..
So,, jom layan picha.. It's will tell everything






di sebabkan tak puas bergambar di Hotel,, kami sambung di kolej..huhu


Sayang myFRENZ ketat-ketat
Hope korang tak lupa saya..
Till Then,,
^_^

Wednesday, March 16, 2011

Shuffle your PLAYLIST

Assalamualaikum
Selamat Petang myLOVELY readers..

Hye korang!! Buat apa petang-petang ni? I'm very sleepy rite now. Bagi mengelakkan rasa ngantok ni,, tiba2 fatin teringat TAG dari BantalBucuk. Ekceli,, dah lama sangat kot tag ni tersimpan. Tapi baru hari ni nak buat. Maaf ye Ecar simpan tag awak lama-lama. huhu.. Let's play the GAME..

Rules:
1. put your music library on shuffle
2. for each question press the next button to get your answer
3.  you must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds ! most of the time they seems to work through, strangely enough
4.  ok, go !
5. when you're done, tag 20 people in this note

if sumone says ' is this ok? ' u say ?
Someone's Watching Over Me

how would you describe yourself ?
Gantung

what do you like in a guy / girl ?
Cantek

how do you feel today ?
Ku Ada Kamu

what is your life's purpose ?
Kalau Berpacaran

what's your motto ?
Cinta Gila

what do your friends think of you ?
Big Girls Don't Cry

what do you think of your parents ?
Selamat Malam

what do you think about very often ?
Kisah Kita

what is 2 + 2 ?
Di saat Aku Mencintaimu

what do you think about your bestfriend(s) ?
Matahariku

what do you think of the person you like ?
My All

what is your life story?
Halo

what do you want to be when you grow up ?
Hikayat Cinta

what do you think of when you see the person you like ?
I Hope You Find It

what will you dance at your wedding ?
Bitter Heart

what will they play in your funeral ?
Hanya Kau Yang Mampu

what is your biggest fear ?
Because of You

what is your biggest secret ?
Trouble is a Friends

what will you post this as ?
No One


Hahaha,, Lawak je jawapan yang ada.. So,, korang2 yang bosan, jomlah jawab TAG ini. 


Its really FUN!!!
Till Then,,
^_^


Monday, March 14, 2011

Kerja GILA si KAKI Novel

Assalamualaikum,,
Selamat Sejahtera myLOVELY readers!!

Hye Korang!! Sihat tak? Dah lama fatin tak menukar entry barukan.. Lately,, fatin busy sikitlah. Test and assignment melambak, then weken baru ni, fatin sibuk dengan program WoW. Tadi malam pula, fatin ada DINNER course. Tapi, cerita dinner fatin cerita at the next entry ya.

Okey,, kembali pada title,, fatin nak tanya korang la kan.. Siapa yang kat sini Kaki Novel?.. Jawab ye..hehe.. So,, korang penah tak lalui apa yang fatin lalui bila dah dapat novel? Kes dia macam ni, Fatin ni jenis tak boleh stop bila dah baca sesebuah novel tue. So,, bila dah start baca novel tue, fatin keep on reading until finished. So,, fatin sanggup tak tido untuk tahu kesudahan novel tue.. Korang macam ni juga ke?..hehe

Tapi yang jadi kerja gilanya ni,, fatin sanggup tak tido untuk baca novel kat bawah ni,, padahal jam 8.45 am esok paginya(Sabtu pagi),, fatin kena hadiri program WoW.. gila tak gila tue??.. datang program tue.. kepala ting tong je..huhu..Balik petang tue,, terus tido tak ingat dunia..hahaha..Petang tu pula hujan,, syok sangat tido..hehe

Novel ni boleh tahan jugalah.. BEST.. 


Enjoy reading,,
Till Then
^_^



Wednesday, March 9, 2011

otot KOYAK..ada ke?

Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers..

hye korang!! buat ape tue? 
entry kali ni,, fatin just nak tanya korang sikitlah..
erm.. sapa ada pengalaman dalam mengalami keadaan...
OTOT KOYAK?..

I'm getting CONFUSED

I just want to know,, how it be happen?.
sakit tak bilamana otot itu terKOYAK?
apakah symptom2 yg dialami?
perlu ke kita berjumpa doktor?
dia senang baik tak?
terbanyak pula fatin tanya..huhu..
maaf



help me by answer all d'Q ya
till then
^_^




Tuesday, March 8, 2011

Padan MUKA budak itu

Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers!!


last saturday,, fatin balik MELAKA.. dah rindu sangat dengan HOMETOWN..  so perlulah balik.. If tak balik,, mulalah hati ini tidak tenteram,, buat kerja semua serba tak kena.. tak gitu kawan2?..huhu.. 

Disebabkan fatin ada GROUP DISCUSSION malam jumaat tue,, so terpaksalah balik rumah pagi sabtu. Then,, bila dah balik lewat cam gitu,, bagi merehatkan minda secukupnya di rumah,, kenalah balik shah alam lewat juga..hehehe.. takkan lah nak balik hari ahad kan?..huhu

Fatin pun belilah tiket kembali ke Shah Alam hari isnin jam 12.30pm.. coz,, pagi isnin tiada kelas, pukul 4 baru ada.. dah rancang punya baiklah kan.. naik bas jam 12.30,, so sempatlah sampai before 4.00pm.. dan sempatlah pergi kelas petang tue.

tapi disebabkan fatin ini senget..

sewaktu fatin sampai di Melaka Sentral,, bas tersebut telah meninggalkan fatin. ini semua gara-gara fatin tertukar waktu perjalanan bas dari Shah Alam-Melaka dengan Melaka-Shah Alam.. fatin ingat tiket bas yang fatin beli jam 12.45 seperti perjalanan bas dari Shah Alam-Melaka.. so fatin terlewat 15minit..grrrrr..

arghh.. sengal nye fatin,, kenapalah tak check tiket malam before nak balik..
so,,
fatin terPONTENGlah kelas pukul 4.00 tue..
kenalah beli tiket lain,, tiket yang dah ada tu BURN begitu saja
dush..dush..dush.

Padam Muka aku...grrrrrr...
sangat MEMBAZIR okey!!!


so korang,,
sila double check tiket anda!!
Till then
-_-


Saturday, March 5, 2011

BERSENAM yok

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers..

semakin hari semakin bersemangat..
hope ini bukan hangat-hangat tahi ayam saja..
korang nak tahu,, sekarang ni,,
fatin dah start berSENAM balik..
setiap petang,, mesti pergi jog.
ini bukan sebab fatin nak jadi kurus..
tapi,,
just untuk menyihatkan badan sahaja..
memang dapat rasalah perbezaan bila bersenam dengan tak..

BADAN SIHAT,, MINDA CERGAS

see,, bersemangatkan fatin ke kelas..hahaha..

Tapiiii,,
fatin mengalami masalah sekarang..
sakit-sakit kaki dah mula terasa..
aduss.. fatin takut terkandas di situ..
almaklumlah,, dah lama tak jogging,,
gitulah jadinya..
hope semangat fatin akan terus kental..
tak nak lah berhenti separuh jalan..
bila dah stop,, mesti badan jadi lemah balik..
I must be STRONG!!!


Majulah sukan untuk negara..huhu
Till then
^_^


p/s : sapa nak teman fatin jogging? setiap hari fatin jogging sorang2 je tau..huhu



Thursday, March 3, 2011

Khas buat KEKASIH gelapku

Assalamualaikum
selamat Sejahtera myLOVELY readers..

Hari nie,, dah 3 Mac 2011. Wahh... Sekejapnya waktu berlalu.. Tanggal 2 Mac 1990 dia pergi membiarkan aku dan emak mengharungi liku-liku hidup berdua. Sedar tak sedar,, sudah 21 tahun dia pergi meninggalkan kami.. 

Kadang-kala,, aku terfikir adakah ini semuanya dugaan dan rintangan yang perlu aku lalui.. Kenapa di kala aku baru mengenal dunia, aku perlu hidup tanpa tunjuk ajar dari dia. Kenapa aku tidak dapat merasa kehangatan pelukan dari dia di kala aku kesedihan? Kadang-kadang aku ingin juga merasa marah tanda sayang dari dia seperti mana kawan2 ku lalui. Owh.. Aku jeles dengan kawan-kawanku yang bahagia bersama.

Ohh.. hati ku sangat rapuh. Walaupun usia telah meningkat dewasa. Aku tidak mampu berubah dengan satu perasaan ini. Perasaan SEDIH yang teramat sangat bila mengenangkan dia. Bila orang bertanya pasal dia. Aku sedih!! Teringat lagi di waktu sekolah,, ketika kita perlu memperkenalkan diri kepada kelas. Owh.. aku selalu tewas di situ bila guru bertanyakan pasal dia. Aku pasti menjawab dalam keadaan sebak.

Aku anak yang tidak mengenali dia. Aku pernah juga ingin bertanya itu dan ini pasal dia daripada mak. Tapi,, aku takut.. Aku takut mak terluka. Kadang-kadang aku merasakan,, aku ini sangat kejam kerna membiarkan emak hidup sendirian. tapi.. aku tidak mampu menerima yang lain.. Dari kecil lagi aku telah menjadi seorang yang sangat cepat tersentuh,, mudah simpati. Aku selalu memikirkan kehidupan ini sama dalam drama-drama melayu di TV yang mengisahkan bapa tiri sangat kejam. Di sebabkan itu membuatkan aku menjadi kejam terhadap mak ku.. owh..kejam nye aku ini.

Tapi,, salah ke apa yang aku lakukan ini?.. aku cuma ingin mempertahankan hak ku.. Aku tak nak jadi mangsa dera. Itu sahaja yang aku fikirkan di zaman kanak-kanakku bila bercakap mengenai mak inginkan penggati dia. Aku juga takut,, kasih sayang mak terhadap aku akan berkurang. Aku tak sanggup berkongsi kasih..Arghh.. aku sangat pentingkan diri di situ.
Di kala usiaku melonjak dewasa,, baru aku sedar akan ke khilafan ku.. Aku rasa bersalah terhadap mak. Pabila aku bertanya kepada mak tentang hati dan perasaan nya,, mujurlah mak berkata memang tidak berkehendakan mencari penganti dia. Aku dapat rasakan yang mak masih lagi kuat mencintai dia. Mak hanya ingin membesarkan aku dengan sempurna  menjadi insan berjaya seperti janjinya terhadap dia.

Aku merasakan,, mak tidak tewas di situ. Terima kasih mak kerna mebesarkan dan mendidik aten dengan penuh kasih sayang yang sempurna. Aku juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendukung ku agar tidak berhenti dalam perjuanganku. Aku sayang mak,, Aku sayang dia.. Ayah,, maafkan aten jika diri ini tidak mampu untuk membahagiakan mak.

Aten berdoa agar roh ayah sentiasa di cucuri rahmat. Al-Fatihah..
 

Tuesday, March 1, 2011

Betulkah DIA untukku?

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera myLOVELY readers


Hari ni, fatin just nak share dengan u'ols tentang hati dan perasaan. Korang dah lama berCINTA x? korang yakin ke dia untuk korang? So HERE,, some TIPS untuk korang jadikan panduan supaya korang tidak tersalah pilih dalam mencari pasangan hidup..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.

3.Terima kita seadanya

Dia perlu menerima kita seadanya tanpa compare2 dengan yang lain. walaupun dia mengetahui kisah silam kita, dia tidak kisah mengenainya.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

5.Percaya Mempercayai

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




Thats all
Till then
^_^