Tuesday, June 15, 2010

Pelupa??..camne nak elak??

sejak dua menjak nie..saya asyik terlupa je di mana saya menyimpan barang2 yg penting.. kadang2,, saya rasa sedih sangat bile tidak berjumpe bende2 tue.. apa yg terjadi pada aku ni??.. adakah aku semakin tua??.. sob..sob..sobb..=(

erm,,,pada kebiasaanye saya dapat rasakan bila ada barang saya yang hilang.. tapi yg malangnye,, saya akan terperasan barang2 itu tiada pada saya,, bile die da seminggu menyembunyikan dirinya.. masa 2 la saya mula gelabah cari barang2 itu.. biasala kan,,letak tempat lain,, then cari kat tempat lain.. so,, kompem2 payah nak jumpe.. waduh2 pening gitu masa mau cari.. cepat sangat aku lupa.. (-_-) 


then,, tibe2 arini aku rajin nak cari cara2 nak elakkan sifat pelupa ni dan share with u'ols.. ni la yang aku dapat :


PETUA ELAK JADI PELUPA


1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut 
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Pasangkan aromatherapy setiap minggu di dalam rumah
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

P/S : meh la kita cuba amalkan beramai2 ye..(peace)

No comments: